‘Senyum Sampai Telinga’ – Pemilik Tottenham Suntik RM825 Juta Untuk Conte Belanja Musim Panas ini

Antonio Conte Tottenham

Susulan dari kejayaan layak ke kejohanan UEFA Champions League (UCL) musim depan, pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte pastnya tersenyum lebar dengan pengumuman terbaharu pengurusan kelabnya.

Pemilik Tottenham telah bersetuju untuk melabur sebanyak £150 juta (RM825 juta) untuk dibelanjakan apabila jendela perpindahan musim panas dibuka tidak lama lagi bagi memperkuatkan pasukan.

Kempen Spurs dalam saingan Premier League (PL)musim ini ditamatkan dengan langkah bergaya selepas membelasah Norwich City 4-0 pada perlawanan terakhir.

Menurut laporan Reuters, pemegang saham majoriti kelab ENIC mengumumkan bahawa sebahagian dana tambahan tersebut merupakan hasil keuntungan dari jualan tiket pada kapasiti penuh sepanjang musim ini.

ENIC syarikat yang berpangkalan di Bahamas – dimiliki oleh usahawan British Joe Lewis – merupakan pemegang syer terbesar dengan 70 peratus, selebihnya adalah milik Daniel Levy dan keluarganya.

Conte sebelum ini pernah menyatakan keengganannya untuk terus kekal di London untuk musim akan datang, namun difahamkan pengarah bola sepak Spurs, Fabio Paratici telah pun terbang ke Itali bagi mengadakan perbincangan dengan jurulatih berusia 52 tahun tersebut.

Dengan dana besar yang dimiliki, terdapat enam pemain yang telah pun menjadi sasaran Conte untuk dibawa masuk.

Dalam sidang media terakhir tempoh hari, beliau dengan tegas mengataka perlu mendapatkan beberapa pemain baharu untuk memperkuatkan skuadnya terutamanya dalam aspek kualiti.

“Musim depan liga akan menjadi sangat sukar untuk semua pasukan. Dengan lima pemain simpanan anda boleh menukar perlawanan,” ujarnya.

“Untuk menjadikan pemain di bangku simpanan kuat seperti pasukan teratas, seperti Manchester City, Chelsea, Manchester United dan Liverpool, anda perlu memperkuatkan skuad dalam aspek kualiti dan aspek lain.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN