Sentuhan ‘Samyang’ Bakal Terajui Kejurulatihan Kelantan Musim Depan?

Teka teki mengenai ketua jurulatih untuk naib juara Liga Premier musim ini, Kelantan dilihat semakin terungkai dengan kelibat pengendali dari Korea Selatan mungkin akan tiba di Kota Bharu tidak lama lagi.

Perkara ini dilihat akan menjadi kenyataan selepas pemilik Kelantan, Norizam Tukiman telah pun mengeluarkan satu pekeliling jawatan kosong dalam pasukan untuk musim hadapan.

Jawatan yang dikeluarkan itu adalah sebagai pembantu peribadi kepada pengarah teknikal kelab dengan beberapa syarat kelayakan telah diletakkan pada pekeliling tersebut.

Antara syarat kelayakan yang diperlukan untuk menjawat jawatan tersebut adalah fasih berbahasa Melayu, Inggeris, dan Korea dengan sangat baik.

Syarat fasih berbahasa Korea itu dilihat sangat unik, setelah pasukan tersebut seolah-olah akan melantik seseorang sebagai staf kejurulatihan kelab untuk musim hadapan.

Umum diketahui, pengendali Kelantan musim ini adalah Rezal Zambery Yahya yang dilihat berjaya membawa pasukan ini kembali melangkah ke saingan Liga Super dan muncul sebagai naib juara Liga Premier 2022.

Walaupun tanpa nama besar dan dihimpit isu kecederaan, Rezal berjaya menamatkan cabaran musim ini dengan sangat baik serta menaikkan beberapa lagi pemain muda baharu.

Untuk rekod Liga Premier musim ini, Kelantan berjaya meraih 11 kemenangan dan empat kali seri daripada 18 perlawanan dilalui untuk mengumpul 37 mata secara keseluruhan.

Walaupun begitu, Norizam sebelum ini pernah menyatakan beliau mempunyai perancangan jauh lebih besar buat Rezal yang menguatkan lagi spekulasi pengendali tersebut tidak akan lagi menerajui Kelantan.

Jika Kelantan mendapatkan jurulatih baharu dari Korea Selatan, ia akan menjadi sesuatu yang baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan membuka lembaran untuk lebih ramai pengendali dari sana melihat pasukan dari Asia Tenggara.

Ini kerana, kebanyakan jurulatih dari Korea Selatan hanya mengendalikan skuad kebangsaan dari Asia Tenggara tetapi bukannya kelab tempatan.

Nama-nama seperti Shin Tae-yong, Kim Pan-gon, dan Park Hang-seo antara yang sudah memberi impak sangat positif buat negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Nampaknya, Kelantan jelas tidak ingin sekadar menjadi pasukan penumpang musim hadapan untuk bertemu kelab-kelab gergasi lain.

Sebaliknya, mereka kini mempunyai perancangan tersendiri yang dibuat secara diam dan hanya menunggu masa untuk disensasikan bila segalanya sudah selesai.

Persoalannya kini, siapakah jurulatih dari Korea Selatan yang bakal mewakili Kelantan pada musim hadapan?

Antara nama yang mungkin boleh dikatakan ialah jurulatih skuad kebangsaan Vietnam ketika ini iaitu Park Hang-seo, selepas pengendali tersebut sah akan tamat kontrak sehingga saingan Piala AFF 2022 berakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN