Tips Untuk Memperbaiki Sentuhan Pertama Dan Hantaran Di Dalam Bola Sepak

Dalam segmen kali ini, kami memberikan beberapa tips untuk memperbaiki aspek sentuhan pertama dan juga hantaran di dalam bola sepak.

Sentuhan pertama ketika menerima bola adalah perkara yang sangat penting. Untuk pemain yang bagus, sentuhan pertama mereka adalah ‘hidup’.

Ini bermaksud, sentuhan pertama mereka adalah pro-aktif untuk gerakan seterusnya. Namun aspek ini haruslah diasah ketika latihan.

Seterusnya adalah, hantaran. Perihal menghantar bola di dalam padang adalah perkara yang sangat mustahak. Namun kali ini, kita tidak perlu menyentuh aspek jenis hantaran ataupun teknik hantaran yang ‘advance’.

Kita akan cuba membincangkan tips untuk asas dalam memperbaiki sentuhan pertama dan hantaran.

1. Sentuhan pertama

Sentuhan pertama adalah berkait rapat dengan kawalan bola. Anda harus memperbaiki teknik dan skil anda dengan latihan yang banyak melibatkan sentuhan bola.

Sentuhan pertama dengan pemilihan permukaan kaki yang berbeza dalam keadaan berbeza. Bagi pemain profesional mereka akan memperbanyakkan aktiviti menimang bola.

Ia adalah sesuatu yang praktik untuk anda memperbaiki sentuhan bola anda. Banyakkan latihan menimang bola dengan pelbagai disiplin. Cabar diri anda untuk menambahkan lagi kuantiti dan kualiti.

Menimang bola melibatkan fokus, teknik penyerapan bola (cushioning) ketika menerima bola. Mulakan dengan kaki utama dan kemudian gunakan kedua-dua belah kaki.

Selepas itu, gunakan anggota badan lain untuk sentuhan termasuk dada, kepala, dan lutut.

Seterusnya, anda akan berlatih untuk mengawal bola rendah dengan rakan anda. Ini diikuti oleh bola tinggi. Pastikan sentuhan pertama anda dalam keadaan anda tidak hilang kawalan pada bola ketika melakukan sentuhan seterusnya.

Kemudian sediakan latihan yang ada tekanan. Tekanan yang kami maksudkan adalah cuba mengawal bola dalam keadaan ada pihak lawan.

Anda saksikan cara sentuhan pertama di dalam video di bawah ini:

2. Hantaran

Anda perlu fokus kepada asas melakukan hantaran. Mulakan dengan ‘push pass’ yang biasa. Gunakan permukaan kaki yang betul pada permukaan bola yang betul.

Selepas anda berlatih dengan hantaran pendek yang biasa, anda perlu mempelbagaikan tenik serta jarak hantaran. Lakukan ia dalam keadaan berpasukan.

Cuba cetuskan suasana di dalam perlawanan sebenar ketika berlatih. Ini akan membantu anda meningkatkan keupayaan untuk melakukan hantaran dalam keadaan ditekan pihak lawan.

Anda perlu menambahkan intensiti latihan supaya anda terbiasa untuk bertindak segera dengan teknik yang betul dalam intensiti tekanan yang berbeza.

Gabungkan 2 aspek di atas

Selepas anda berlatih 2 aspek tersebut, anda gabungkan ia di dalam latihan berpasukan (team training) ataupun dalam latihan taktikal.

Tanamkan keyakinan apabila anda di dalam perlawanan yang sebenar. Ada sesetengah pemain, mereka sangat bagus ketika latihan tetapi menjadi gugup ketika perlawanan yang sebenar.

Seterusnya adalah, pemain sendiri harus melakukan latihan tambahan secara individu. Buang mentaliti untuk terlalu bergantung kepada sesi latihan berpasukan.

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memperbaiki aspek sentuhan pertama dan hantaran di dalam bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN