Sentuhan Kreatif Amirbek Juraboev Ditagih Kedah Untuk Berdepan Negeri Sembilan

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain tengah Kedah Darul Aman (Kedah), Amirbek Juraboev antara yang bakal menjadi tumpuan utama bagi aksi Liga Super seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang Negeri Sembilan petang ini.

Beraksi di Stadium Darul Aman (SDA), kelebihan terarah kepada Kedah yang dijangka bakal mendapat sokongan padu daripada penyokong mereka sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Untuk rekod, kedua pasukan tersebut sudah pun bertembung sebanyak satu kali musim ini bagi pusingan pertama Liga Super dengan kemenangan berpihak kepada Sang Kenari menerusi keputusan penuh, 2-1.

Dua jaringan Kedah diperoleh menerusi bekas penyerang berbisa mereka iaitu Willian Lira sementara Negeri Sembilan mendapat satu gol sahaja hasil ledakan pemain muda, Zainal Abidin Jamil.

Bagi aksi malam ini, kedua pasukan tersebut dianggap mencuri tumpuan kini dalam arena bola sepak tanah air kerana masing-masing dilaporkan mempunyai masalah dalaman yang belum diselesaikan.

Apapun, sudah tentu masing-masing enggan merekodkan kekalahan terutama sekali Kedah yang kini pastinya ingin memburu tiga mata penting sebelum persaingan Liga Super musim 2023 tamat.

Salah seorang pemain tumpuan Sang Kenari terarah kepada bintang import mereka iaitu Amirbek yang dianggap sangat konsisten sejak awal penyertaan beliau bersama pasukan tersebut.

Pemain kebangsaan Tajikistan itu juga sangat mencuri tumpuan ketika saingan Pestabola Merdeka 2023 lalu kerana impaknya memberi kejayaan buat pasukan itu meraih gelaran juara bagi mengatasi Harimau Malaya.

Beraksi di posisi tengah, kualiti Amirbek bukan sahaja terarah kepada daya kreativiti beliau untuk mencipta serangan serta meledak gol, sebaliknya beliau juga sangat cemerlang dalam situasi bertahan.

Selain itu, Amirbek juga memiliki keupayaan cukup tinggi untuk membuat hantaran jauh tepat serta tenang mengawal tempo permainan dari bahagian tengah.

Sudah tentu Nafuzi Zain mempunyai perancangan penting kepada Amirbek untuk menggerakan posisi tengah menjadi lebih baik sekali gus, mereka mampu menguasai perlawanan bagi mengatasi pasukan pelawat.

Selain Amirbek, rakan sepasukan beliau iaitu Moses Atede juga kini sering mendapat pujian para penyokong Sang Kenari kerana beliau mampu membentuk kombinasi permainan begitu menyakinkan bersama bintang Tajikistan itu di posisi tengah.

Walaupun menyertai Kedah pada pertengahan musim, Atede tidak mengambil masa yang lama untuk memberi impak besar buat Sang Kenari dan sudah tentu sumbangan beliau ditagih untuk perlawanan petang ini dalam kalangan penyokong tuan rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN