Guilherme de Paula menyifatkan insiden menyepak botol dan renungan tajam ke arah penyokong Malaysia yang hadir menyaksikan perlawanan Piala AFF di antara Malaysia menentang Kemboja di Stadium Bishan semalam sebagai diputar belit oleh individu tertentu.
Penyerang naturalisasi kelahiran Brazil itu dikeluarkan oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pada minit ke-65 perlawanan untuk digantikan oleh Luqman Hakim Shamsuddin dalam perlawanan tersebut.
De Paula kemudiannya dilihat menyepak beberapa botol sepanjang laluan ke bangku pemain simpanan dan dikatakan sempat menjeling tajam ke arah sekumpulan penyokong Malaysia.
De Paula ‘Koyak’ Dengan Ekor Harimau Malaya Sehingga Baling Botol Air Di Bangku Simpanan?https://t.co/ZDp60u3D5e
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 6, 2021
Pemain berusia 35 tahun itu turut dikatakan bertindak membaling botol minuman di kawasan tempat duduk pemain. Tindakan tersebut dipercayai disebabkan kekecewaan pemain tersebut.
Ada juga yang menuding mengatakan De Paula sebenarnya ‘koyak’ dengan tepukan penyokong pasukan negara yang menyindir usaha pemain itu di atas padang.
Guilherme De Paula speaks about yesterday’s incident on social media. Three more matches for him to prove the naysayers wrong.
I hope he bounces back. #AFFSuzukiCup2020 #HarimauMalaya pic.twitter.com/C7HgsPHXPq
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 7, 2021
Situasi tersebut turut dikongsi oleh koresponden ESPN Asia, Gabriel Tan melalui beberapa siri ciapan di Twitter. Hari ini De Paula bagaimanapun menjelaskan situasi sebenar kepada penyokong melalui perkongsian di IG Story.
“Sejak saya tiba [menyertai Harimau Malaya] saya amat menghargai dan menghormati harapan yang diberikan [penyokong]. Sokongan tersebut tidak pernah berbelah bahagi. Terima kasih.
Statistik Sendu Guilherme De Paula Undang Gelaran ‘Master Of Jogging’https://t.co/lOLp6MtY8i
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 7, 2021
“Malangnya insiden semalam diputar belit oleh seorang individu dan meletakkan saya berada di dalam situasi tidak baik.
“Hakikatnya, saya sentiasa menghormati jurulatih dan rakan sepasukan. Jujurnya, saya berasa amat teruk selaps memberikan usaha 100%. Tetapi adakalanya saya berpendapat sepatutnya saya berusaha lebih lagi daripada apa yang ditampilkan.
“Kini saya mahu melihat ke hadapam. Saya akan berusaha lebih keras dan memperbaiki prestasi diri untuk kepentingan pasukan. Kami dahagakan kejayaan dan akan berusaha untuk menang [Piala AFF] bersama. Bersama untuk Malaysia!”
Prestasi De Paula sememangnya sentiasa menjadi perhatian penyokong bola sepak tanah air sejak menjadi pemain natrualisasi dan menyarung jersi pasukan negara.
Di sebalik prestasi yang tidak diharapkan, besar harapan penyokong bola sepak negara De Paula masih mampu menjelmakan ketajaman di hadapan gawang lawan dan membantu pasukan untuk menang.