‘Sensor 500Hz IMU’ – Teknologi Bola Al Rihla Ini Membuktikan Secara Data Ronaldo Bukan Penjaring Gol Portugal

Al Rihla Adidas Cristiano Ronaldo Piala Dunia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah memutuskan bahawa Cristiano Ronaldo bukan penjaring gol pertama Portugal ke atas Uruguay dalam aksi peringkat kumpuan Piala Dunia 2022 pada Isnin.

Keputusan akhir itu dibuat berdasarkan semakan menerusi teknologi bola ‘Al Rihla’ keluaran Adidas yang mengekalkan Bruno Fernandes sebagai penjaring gol.

Persatuan Bola Sepak (FA) Portugal dilaporkan bersedia untuk mengemukakan bukti kapten pasukan itu membuat sentuhan terakhir daripada hantaran Bruno Fernandes pada minit ke-54 yang berjaya menewaskan penjaga gol Sergio Rochet.

Ronaldo melonjak tinggi untuk menanduk bola masuk ke dalam gawang dan seterusnya meraikan ‘jaringannya’ itu dengan gaya ikoniknya, tetapi juruhebah di Stadium Lusail telah mengumumkan nama Fernandes sebagai penjaring gol berkenaan.

Fernandes tak kisah

Fernandes sendiri mengakui tidak pasti sama ada Ronaldo menyentuh bola hantarannya memandangkan bintang utama pasukan berkenaan telah meraikannya. Tapi bagi pemain tengah Manchester United itu menegaskan beliau tidak kisah siapa yang diberikan kredit ke atas gol tersebut.

“Saya akan tetap meraikan [gol] meskipun ia gol Ronaldo. Pada pandangan saya dia telah menyentuh bola dan memang sasaran saya adalah menghantar kepadanya,” ujar Fernandes.

“Kami tetap gembira dengan kemenangan ini tanpa mengira siapa pun yang menjadi penjaring. Apa yang paling penting adalah kami telah mencapai saran untuk mara ke pusingan seterusnya.”

Teknologi Penghubung Bola

Keputusan FIFA dibuat berdasarkan teknologi yang digunakan pada bola buatan Adidas yang mengeluarkan data bahawa dia sebarang sentuhan yang dibuat oleh Ronaldo pada bola berkenaan.

“Dalam perlawanan di antara Portugal dan Uruguay, menggunakan Teknologi Penghubung Bola yang dipasang pada Bola Perlawanan adidas Al Rihla, kami boleh tunjukkan secara jelas bahawa tiada sebarang sentuhan daripada Cristiano Ronaldo untuk gol pembukaan perlawanan,” ujar kenyataan rasmi FIFA.

“Tiada sebarang daya luaran pada bola yang dapat diukur seperti yang ditunjukkan berdasarkan ukuran ‘degupan jantung’ yang dibuat. Sensor IMU [unit mengukur inertia] 500Hz yang terdapat di dalam bola membolehkan kami membuat analisis yang sangat tepat.”

Bola rasmi perlawanan buatan Adidas itu juga mempunyai teknologi yang boleh menyediakan data masa-nyata untuk dianalisis oleh pegawai perlawanan. Ia juga akan mengesan setiap sentuhan yang dibuat oleh pemain menggunakan sensor bagi membantu penilaian kedudukan ofsaid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN