Aliou Cisse: “Senegal Perlu Belajar Dari Kekalahan AFCON 2019”

Untuk tewas di perlawanan akhir jelas menyakitkan, bukan?

Itulah yang diterima oleh Senegal selepas tewas ditangan Algeria dalam perlawanan akhir African Cup of Nations (AFCON) baru-baru ini.

Jurulatih Senegal, Aliou Cisse mengakui ianya merupakan satu perasaan yang cukup menyakitkan apabila tewas di perlawanan akhir.

Namun begitu, beliau mahukan para pemainnya itu belajar dari apa yang mereka lalui di perlawanan akhir.

“Malam ini saya hanya fikirkan mengenai para pemain saya. Saya ingin ucapkan tahniah kepada mereka.”

“Kami sudah berada di sini (Mesir) selama 46 hari dan berusaha keras untuk memenangi perlawanan akhir ini.”

Menurut Cisse, beliau sedikit pun tidak mempersoal keazaman yang ditunjukkan oleh para pemain beliau dalam usaha untuk dapatkan kejuaraan tersebut.

“Kami mahukannya, kami berazam tinggi namun hari ini bukanlah hari yang tepat untuk itu (memenangi AFCON).”

Dalam masa yang sama, Cisse juga tidak melupakan sokongan rakyat Senegal yang tidak jemu menyokong pasukan kebangsaan mereka.

“Saya juga memikirkan mengenai rakyat Senegal apabila mereka bersama-sama pasukan kebangsaan.”

“17 tahun itu merupakan satu masa yang cukup lama.”

Algeria menghukum Senegal seawal minit kedua perlawanan apabila jaringan Baghdad Bounejah pada minit kedua memisahkan kedua-dua pasukan.

Senegal mencari-cari gol penyamaan tetapi ianya tidak kunjung tiba buat mereka.

Sungguh pun tidak berjaya memenangi kejohanan, pemain Senegal iaitu Sadio Mane merupakan penjaring terbanyak kejohanan.

Leave a Reply