Kita semua tahu akan kualiti di atas padang yang dimiliki penyerang Liverpool, Sadio Mane. Malah ada yang berpendapat bakat pemain itu ada kalanya kurang dihargai kerana perhatian yang diberikan kepada rakan sepasukan Mohamed Salah.
Di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang lalu, Mane berjaya membawa Senegal menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama dalam sejarah, menewaskan Mesir yang dipimpin oleh Mohamed Salah.
Dan kualiti Mane bukan sahaja menyerlah ketika beraksi untuk negaranya di atas padang. Kualiti pemain itu turut terserlah di luar padang kerana kebaikkan hatinya berdasarkan satu kisah yang didedahkan baru-baru ini.
In 2019, Sadio Mané said he'd trade his Champions League for an AFCON with Senegal.
Now he has both 🏆 pic.twitter.com/5O69PHJOzs
— B/R Football (@brfootball) February 7, 2022
Kisah ketulusan Sadio Mane
Seperti semua kita sedia maklum, Mane telah dikejarkan ke hospital selepas pelanggaran di bahagian kepala dengan penjaga gol lawan dalam perlawanan peringkat suku akhir menentang Cape Verdy.
Penyerang berusia 29 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri akibat pelanggaran tersebut pada ketika Senegal sedang mendahului 2-0. Walaupun selepas sedarkan diri, Mane terpaksa ditahan di hospital buat seketika untuk pemerhatian lanjut doktor yang merawatnya.
Apa yang ramai tidak tahu ialah Mane sempat bertindak membayar bil hospital sebanyak FCFA 400,000 atau bersamaan dengan RM3,000 dengan segera untuk seorang kanak-kanak.
While Sadio Mane was being treated for concussion in a Cameroon hospital, he paid the CFA 400,000 bill for the family of a child with life-threatening injuries who couldn't afford the hospital bill.
(Seneweb)
Honestly, this man is a hero on and off the pitch. 🇸🇳 pic.twitter.com/M1cCC09A5x
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 8, 2022
Bayaran tersebut membenarkan rawatan segera diberikan kepada kanak-kanak yang dipercayai sedang bertarung dengan nyawa akibat kecederaan daripada kemalangan yang menimpanya.
Kedua-dua ibu-bapa kanak-kanak tersebut sebelum itu dipercayai tidak mampu untuk membayar bil hospital seperti yang dipinta.
Kebaikkan hati Mane di hospital walaupun di dalam keadaan dirinya sedang dirawat dikongsi oleh seorang tetamu/pesakit hospital itu baru-baru ini.
“Saya harus memberitahu kebaikkan yang dilakukan Sadio Mane terhadap satu keluarga di Bafoussam,” ujar individu tersebut di sebuah rancangan televisyen di Cameroon selepas Senegal disahkan muncul juara AFCON.
While Sadio Mane was being treated for concussion in a Cameroon hospital, he paid the CFA 400,000 bill for the family of a child with life-threatening injuries who couldn't afford the hospital bill. [Seneweb] pic.twitter.com/OTpdpDSQnu
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) February 8, 2022
“Anak kecil itu berada di dalam keadaan tenat selepas sebuah motorsikal melanggarnya. Akibatnya anak kecul itu mengalami patah tulang dan kecederaan lain di seluruh badan; dia begitu hampir dengan kematian dan kedua-dua orang tuanya tidak mampu menjelaskan bayaran kepada hospital.
“Sadio [Mane] yang turut berada di hospital kerana turut dirawat akibat kecederaan berjumpa dengan keluarga yang sedang bersedih itu dan bertanya apa yang sedang berlaku.
“Kami menjelaskan situasi tersebut kepadanya, dan beliau memberikan jumlah yang dipinta kepada keluarga itu.
“Saya percaya ini adalah satu kebaikkan daripada Tuhan.”
Bukan kali pertama
Ini bukan kali pertama kisah kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan Sadio Mane dikisahkan oleh orang ramai.
– Donated £200,000 to help finance a new secondary school
– Paid for a hospital, mosque and sports stadium
– Helped offload baggage from the team bus
– Cleaned toilets in the local mosqueSadio Mane is a true inspiration on and off the field. 🇸🇳❤️https://t.co/K7ONA5SFJy
— SPORTbible (@sportbible) February 7, 2022
Di tempat asalnya Bambali, Sadio Mane turut mengeluarkan belanja untuk membangunkan sebuah sekolah pada 2019.
Bintang Premier League itu turut mendermakan RM227,000 kepada badan kesihatan Senegal untuk membantu memerangi pandemik yang melanda baru-baru ini.