Liverpool bakal bertandang ke Carrow Road untuk memulakan cabaran musim baharu Premier League pada malam ini. Skuad Merseyside itu sudah pasti berharap permulaan yang positif mampu mengubah nasib mereka musim ini.
Pernah digelar sebagai juara bertahan paling teruk pada musim lalu akibat deretan keputusan yang tidak memihak kepada mereka, Liverpool berjaya mendapatkan kembali rentak dan keyakinan mereka untuk menamatkan saingan pada musim lalu di kedudukan ketiga?
Bagaimanakah persediaan The Reds untuk musim baru ini? Mampukah mereka membuktikan kejuaraan Premier League pada musim 2019/20 yang lalu bukan sekadar dimenangi kerana nasib? Mampukah Liverpool mencipta dominasi seperti seteru lain seperti Manchester City, Chelsea atau Manchester United?
Berikut kami senaraikan antara sebab mengapa kejuaraan Premier League 2021/22 akan kembali ke Merseyside pada musim ini.
1. In Klopp we trust
“In Klopp we trust”. Demikianlah laungan semangat oleh penyokong setia Liverpool setiap kali mereka mengalami saat genting.
Tetapi kali ini, tiada detik genting yang perlu dilalui, melainkan Liverpool mahu memulakan permulaan baharu dan sekali lagi membuktikan mereka adalah antara kuasa besar dan dominan di Premier League.
Memasuki musim ketujuh di Anfield, Klopp sebenarnya kini adalah jurulatih paling senior dan berpengalaman di Premier League.
https://twitter.com/lfcbass11/status/1369637294198624258
Thomas Tuchel (Chelsea) dan Ole Gunnar Solskjaer (Manchester United) mungkin akan menjadi pencabar utama Klopp dalam memacu Liverpool. Tetapi tidak boleh dinafikan pesaing terdekat beliau masih lagi Pep Guardiola (Manchester City).
Musim 2021/22 boleh menjadi musim paling mencabar buat Liverpool dan Klopp. Tetapi kepercayaan dan keyakinan terhadap ‘sentuhan ajaib’ pengendali Jerman itu sudah memadai untuk Klopp menghadirkan kegemilangan kembali ke Anfield pada musim ini.
2. Kembalinya Virgil van Dijk
Tidak boleh dinafikan Liverpool memiliki antara pemain terbaik dunia hampir di setiap posisi. Jika trio Sadio Mane-Roberto Firmin0-Mohamed Salah dianggap sebagai trio serangan terbaik dunia, maka Virgil van Dijk pula adalah antara pemain pertahanan terbaik dunia bola sepak pernah saksikan.
Musim lalu Liverpool bukan sekadar hilang kualiti permainan dari Van Dijk. Lebih dari itu, Liverpool turut hilang seorang pemain yang mampu mengkodinasi perlawanan.
Standing ovation for Virgil van Dijk as he returns after a long time from an injury. pic.twitter.com/vhqYfs02Cp
— Witball Channel 📡📺 (@Witball_Channel) August 8, 2021
Ketiadaan Van Dijk turut tidak dibantu oleh kecederaan yang dialami rakan segandingan, Joe Gomez dan Joel Matip sehingga memakasa Liverpool mengorbankan Fabinho dan Jordan Henderso untuk beraksi di posisi itu.
Selepas setahun terpaksa berehat akibat kecederaan, kini Van Dijk sudah kembali, dan kelibat pemain pertahanan tinggi lampai itu sudah pasti sekali lagi akan menjadikan Liverpool pasukan yang digeruni.
3. Penyokong setia The Reds
Musim ini suasana di stadium perlawanan pasti akan berubah jika dibandingkan dengan apa yang berlaku sejak dua musim lalu.
Penyokong kini dibenarkan kembali ke stadium secara 100% peratus, dan tidak ada penyokong lain di England yang begitu fanatik dengan pasukan mereka seperti Liverpool.
Antara perkara lain yang membuatkan Liverpool sebagai sebuah kelab bola sepak yang istimewa adalah kerana penyokong mereka yang sentiasa bersungguh-sungguh di belakang pasukan mereka – walaupun gagal meraih sebarang kejuaraan liga sejak 29 tahun yang lalu.
Liverpool fans are back in full force at Anfield ❤️ pic.twitter.com/ZNKYg8ZlBt
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) August 8, 2021
You’ll Never Walk Alone adalah lagu tema kepada Liverpool. Tetapi ia bukan sekadar nyanyian. Ia adalah simbol kesetiaan dan semangat kebersamaan luar biasa yang ditanam oleh penulis lirik lagu tersebut, Oscar Hammerstein II dan digubah bersama Richard Rodgers pada 1945.
Kembalinya penyokong ke stadium, Liverpool kini mendapat bantuan pemain ke-12 dari kawasan sisi padang seperti yang mereka tagih selama ini.
4. Liverpool mampu kekalkan nukleus pasukan
Liverpool kini sudah tidak perlu risau pemain-pemain mereka dikebas gergasi-gergasi eropah yang lain. Berbeza dengan keadaan hampir sedekad lalu, kini mana-mana pemain berkelas dunia pasti mahu menyarung jersi Liverpool.
Sekurang-kurangnya pemain sedia ada tidak akan mencari pasukan lain selagi kudrat mereka masih diperlukan oleh Jurgen Klopp.
Dan menuju musim 2021/22, Liverpool turut telah mengikat dan memanjangkan kontrak beberapa pemain utama seperti Fabinho, Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker dan terbaru Virgil van Dijk.
Van Dijk, Alisson, Fabinho and Trent have all now signed new contracts – but what about the rest of the Liverpool squad? 🔴

#LFC https://t.co/jS7Zii1o2M— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 13, 2021
Lebih ramai pemain dijangka akan mengikat kontrak untuk kekal bersama Liverpool selepas ini termasuk kapten pasukan, Jordan Henderson.
Ia sesuatu yang Liverpool sukar lakukan sejak beberapa tahun lalu. Dengan adanya kumpulan pemain yang menjadi teras pasukan, ia lebih mudah buat Klopp melakukan perancangan taktikal di dalam padang, dan keadaan di bilik persalinan.
5. Squad depth yang bertambah baik
The Reds mungkin sedkit sunyi berbanding dengan pasukan lain di jendela perpindahan pemain musim panas ini. Tetapi ini tidak bermakna mereka akan kekurangan pemain untuk memberikan cabaran. Malah Liverpool kini juga telah dilihat berjaya menambahbaik squad depth di dalam pasukan.
Musim lalu mereka kekurangan pemain di posisi pertahanan, menyaksikan Klopp dengan pantas menyambar Ibrahima Konate sebaik pintu perpindahan dibuka pada Julai.
Alex Oxlade-Chamberlain has hinted at playing more in the false 9 role next season — do you see his future more in that role, on the wings, in midfield or even as a backup RB? pic.twitter.com/bgiven8DPy
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) July 18, 2021
Sepanjang pra musim, beberapa pemain turut dilihat menyerlah. Diogo Jota semakin garang di bahagian serangan. Begitu juga kelibat dua pemain muda iaitu Harvey Elliot dan Curtis Jones.
Lebih menarik ialah apabila Klopp turut bereksperimen meletakkan Alex Oxlade-Chamberlain sebagai pemain No.9. Kita akan jangkakan kejutan serupa pada musim ini apabila keadaan memerlukan.
Penutup
Berdasarkan fakta di atas, Liverpool nyata sudah bersedia untuk kembali menjadi antara pencabar utama kejuaraan pada musim ini.
Tidak keterlaluan jika ada segelintir penyokong Liverpool melaungkan “This Year Is Our Year” berdasarkan keyakinan tersebut. Bukankah bola sepak juga adalah mengenai keyakinan dan harapan?