Penganjur Piala Dunia 2018, Rusia telah memberi penghormatan kepada ikon bola sepak negara itu, Lev Yashin di dalam poster rasmi kejohanan yang direka bercorak retro.
Poster tersebut yang merupakan poster rasmi kejohanan yang akan berlangsung pada musim panas tahun hadapan, diperkenalkan kepada umum pada Selasa oleh Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko.
Tatkala undian peringkat kumpulan akan diadakan pada hujung minggu nanti, Rusia sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak terbesar dunia sudah pun memulakan pengiraan detik menuju sepak mula Piala Dunia 2018, bermula dengan pengenalan poster rasmi tersebut.
Kesemua poster Piala Dunia sebelum ini menampilkan tradisi klasik kejohanan tersebut. Rusia adalah pasukan yang akan bertanding sebagai pasukan terbawah dari segi ranking FIFA.
Oleh itu, kami berpendapat ia adalah wajar bagi mereka menampilkan kegemilangan lalu seperti Yashin yang telah memimpin Soviet Union pada ketika itu menjuarai kejohanan EURO 1960.
Yashin juga beraksi di dalam 4 kejohanan Piala Dunia di antara 1958 sehingga 1970, juga satu-satunya penjaga gol yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or, disifatkan sebagai salah seorang pemain terhebat yang pernah menghiasi Piala Dunia.
Bagaimana dengan poster-poster kejohanan yang lalu?
Poster Piala Dunia: Uruguay 1930 & Itali 1934
Sebagai penganjur pertama kejohanan, Uruguay adalah yang pertama menampilkan lakaran poster Piala Dunia. Poster tersebut bercorak seni-deko berlatarbelakangkan bola sepak pada era tersebut.
Pada hari ini ia dinilai kerana menampilkan sejarah kepentingan bola sepak kepada peradaban dunia. Poster asal dikatakan dijual pada harga £20,000.
Gino Boccasile pula dikenali sebagai seorang artis yang cenderung menyokong propaganda bawaan Nazi dan merupakan penyokong kuat kepada pemimpin fahaman fasis, Benito Mussolini.
Sebelum menggunakan bakatnya untuk kepentingan politik dengan penghasilan risalah dan poster untuk kempen Mussolini, Boccasile turut membantu negaranya menghasilkan poster rasmi kejohanan Piala Dunia 1934 yang dianjurkan oleh negaranya.
Poster Piala Dunia: Perancis 1938 & Brazil 1950
Henri Desme adalah artis yang bertanggungjawab menghasilkan poster untuk Piala Dunia 1950 yang dianjurkan oleh Perancis. Sepertimana penganjuran 2 edisi Piala Dunia sebelum itu, Desme turut mengekalkan corak bertemakan lukisan seni-deko.
Poster tersebut dianggap mempunyai nilai seni tersendiri, menghiasi setiap pelusuk benua tatkala dunia antarabangsa pada ketika itu lebih kerap dihiasi dengan pelbagai propaganda.
Bola dan kaki pemain bola sepak di atas bumi, adalah simbolik kejohanan tersebut adalah lebih hebat daripada semua propaganda yang ada pada era tersebut.
12 tahun selepas itu, ketika Piala Dunia diadakan semula selepas tamat Perang Dunia II, kejohanan bola sepak tersebut diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama negara.
Maka satu poster dihasilkan berlatarbelakangkan semua bendera dari pelbagai dunia bertanding dipaparkan sebagai simbolik bola sepak adalah sukan penyatuan.
Poster Piala Dunia: Switzerland 1954 & Sweden 1958
Poster Piala Dunia yang dianjurkan oleh Switzerland pada 1950 agak unik. Ia seakan-akan memaparkan seorang penjaga gol yang berpakaian jubah putih seperti seorang doktor; jauh sekali menggambarkan watak seorang penjaga gol.
Namun demikian penganjuran Piala Dunia di Switzerland yang juga merupakan ulangtahun ke-50 FIFA, dianggap berjaya. Ia juga merupakan Piala Dunia pertama yang disiarkan secara siaran langsung ke seluruh dunia.
Poster Piala Dunia 4 tahun kemudian di Sweden pula memaparkan sebiji bola gergasi yang turut dibaluti mafla mengandungi bendera-bendera negara bertanding.
Ia turut memaparkan bayang-bayang seorang pemain bola sepak yang seakan-akan menendang bola tersebut ke udara. Secara artistik, ia seolah-olah memberi gambaran kejohanan Piala Dunia yang berada pada penghujung 1950an mulai berevolusi.
Poster Piala Dunia: Chile 1962 & England 1966
Lakaran oleh Gabarini Ponce telah dipilih daripada 300 penyertaan untuk dijadikan poster rasmi Piala Dunia 1962 yang dianjurkan oleh Chile.
Poster tersebut diwarnakan dengan warna merah dan biru, melambangkan gurun Atacama yang kering, juga sinonim dengan negara Chile.
Piala Dunia 1966 di England menyaksikan maskot kejohanan diperkenalkan buat pertama kali.
‘Willie The Lion’ menjadi simbol bola sepak dan kebanggaan rakyat England sehingga ke hari ini.
Poster Piala Dunia: Mexico 1970 & Jerman Barat 1974
Sukan Olimpik 1968 telah meningkatkan kualiti penganjuran sukan di Mexico.
Maka tidak hairanlah Piala Dunia 1970 turut diadakan secara gilang gemilang, 2 tahun selepas penganjuran sukan olimpik.
Untuk poster Piala Dunia 1974, lakaran kontemporari artis Jerman, Horst Schafer telah dipilih sebagai poster rasmi kejohanan.
Lakaran kaki pemain dalam poster tersebut mendapat kritikan. Tetapi anda harus menilai erti di sebalik poster tersebut daripada menilai lakaran anatomi pemain yang ditampilkan oleh beliau.
Poster Piala Dunia: Argentina 1978 & Sepanyol 1982
Poster Piala Dunia 1978 menunjukkan 2 pemain bola sepak meraikan gol.
Tetapi hasil kerja tersebut dikaitkan dengan tentera junta Argentina yang menawan pentadbiran kerajaan tersebut ketika kemelut politik dalaman sebelum dan selepas kejohanan.
Poster Piala Dunia 1982 diinspirasikan melalui hasil kerja pereka dan jurutera terkenal Pablo Picasso dan Antoni Gaudi. Hasil kerja mereka boleh dilihat di bangunan-bangunan lama jika anda berkunjung ke Barcelona pada hari ini.
Poster tersebut dihasilkan oleh seorang artis kelahiran Catalan, Joan Miro.
Poster Piala Dunia: Mexico 1986 & Itali 1990
Selepas 16 tahun, Piala Dunia 1986 kembali ke bumi Mexico. Kali ini Mexico memecahkan tradisi poster Piala Dunia, apabila menggunakan gambar sebenar berbanding lakaran abstrak yang digunakan sebelum itu.
Annie Leibovitz yang bertanggungjawab menghasilkan imej poster berkenaan menampilkan satu bayang-bayang manusia berlatarbelakangkan seni bina Aztech sebagai simbolik warisan Mexico.
Itali turut tidak ketinggalan menghasilkan sesuatu untuk menampilkan warisan agung negara berkenaan dalam poster rasmi Piala Dunia, juga penganjuran kedua kejohanan tersebut oleh Itali.
Dalam poster tersebut, Itali menampilkan Colosseum, sebagai simbol kegemilangan sukan di negara berkenaan. Bezanya, poster tersebut turut menampilkan bendera negara peserta sebagai tanda selamat datang kepada negara yang mengambil bahagian.
Poster Piala Dunia: Amerika Syarikat 1994 & Perancis 1998
Amerika Syarikat dikenali dengan penduduk yang bertanggapan mereka adalah terbaik di dalam semua bidang. Keadaan tersebut mungkin sedikit berbeza pada hari ini.
Namun pada 1994, sifat demikian jelas sekali. Poster rasmi Piala Dunia 1994 diwarnakan dengan warna negara berkenaan iaitu merah, putih dan juga biru, sebagai lambang kemegahan negara Uncle SAM.
Natalie le Gall adalah sorang pelajar di Ecole Superieure des Beaux-Aets de Montpellier. Karya beliau dipilih sebagai pemenang untuk dijadikan poster Piala Dunia 1998 dalam satu pertandingan yang dianjurkan di Perancis.
Poster tersebut tampil dengan tema Perancis, disertai dengan pelbagai lagi warna, menjadikan poster tersebut berwarna-warni.
Poster Piala Dunia: Korea Selatan & Jepun 2002 & Jerman 2006
2 fakta menarik mengenai penganjuran Piala Dunia 2002. Pertama, buat julung kalinya ia diadakan di benua Asia. Kedua, buat julung kalinya 2 negara dipilih sebagai tuan rumah bersama.
Untuk itu, Jepun dan Korea Selatan menghantar artis masing-masing untuk bekerjasama dalam menghasilkan poster rasmi kejohanan. Byun Choo Suk (Korea) dan Hirano Sogen (Jepun) hanya memerlukan 2 hari untuk bekerjasama dalam menghasilkan poster berkenaan.
Piala Dunia 2006 di Jerman menampilkan keunikkan yang tersendiri dalam penghasilan poster rasmi kejohanan. Sebuah agensi, WE DO Communication telah dilantik untuk membantu menghasilkan bintang-bintang yang bergemerlapan dalam poster tersebut.
Ia adalah idea moden. Ia juga menunjukkan impian Jerman sebagai sebuah kuasa bola sepak global.
Poster Piala Dunia: Afrika Selatan 2010 & Brazil 2014
Afrika Selatan adalah tuan rumah kepada Piala Dunia 2010. Namun ia telah menyatukan seluruh benua Afrika, masing-masing tampil untuk meraikan penganjuran yang diadakan buat pertama kali di bumi Afrika.
Penyatuan tersebut juga dijelaskan di dalam poster rasmi kejohanan. Poster tersebut menampilkan bentuk kepala manusia juga membentuk keseluruhan wilayah benua Afrika.
Karen Haidinger adalah individu yang bertanggungjawab menghasilkan poster Piala Dunia 2014. Konsep yang ditampilkan oleh beliau ialah hutan rimba amazon milik Brazil.
Kerana itulah ia berkonsepkan flora. Haidinger turut menampilkan peta Brazil secara abstrak dalam poster berkenaan. Bolehkan anda menemui gambaran negara Brazil dalam poster tersebut?
Rumusan
Poster mana satukah yang paling menambat hati anda? Apa pula pendapat anda dengan poster Piala Dunia 2018?
Kami mahu mendengarnya daripada anda. Coretkan pandangan anda di ruangan komen.