Piala Konfederasi FIFA 2017 akan bermula pada 17 Jun ini di Russia. Ia adalah mini Piala Dunia 2018, dan menandakan yang Piala Dunia kini tinggal kira-kira setahun lagi.
Anda boleh baca tentang sejarah kejohanan itu dalam artikel kami, Asal Usul Piala Konfederasi, Kejohanan Yang Dianggap Piala Dunia Mini.
Berikut merupakan senarai 23 pemain yang diumumkan oleh pasukan bertanding dalam saingan Piala Konfederasi 2017. Senarai ini akan tertakluk pada perubahan sekiranya ada kecederaan.
Kumpulan A
Rusia
Tuan rumah memanggil semua pemain yang sedang beraksi dalam Liga Perdana Rusia. Antara pemain utama dikekalkan ialah penjaga gol, Igor Akinfeev.
Yury Zhirkov juga menerima panggilan untuk beraksi kali ini. Berikut merupakan barisan penuh skuad tuan rumah itu.
New Zealand
Bekas pemain Kedah, Shane Smeltz dipanggil ke skuad All Whites. New Zealand memikul cabaran Oceania untuk mara lebih jauh dalam saingan di Rusia kali ini. New Zealand memanggil pemain yang berpangkalan di Eropah di samping yang beraksi dalam saingan A-League.
Portugal
Cristiano Ronaldo antara tumpuan utama dalam saingan Piala Konfederasi kali ini. Selain itu, aksi memukau Nani juga bakal mencuri tumpuan.
Mexico
Nama-nama seperti Javier Hernandez, Carlos Vela dan Giovanni Dos Santos disertakan dalam skuad wakil CONCACAF ini. Adunan pemain berpengkalan di Mexico dan Eropah diharapkan dapat mara lebih jauh dalam kejohanan kali ini.
Kumpulan B
Cameroon
Finalis 2003 ini muncul sebagai pasukan terbaik Afrika dalam sejarah kejohanan ini. Mereka menyandarkan kepada pemain utama seperti Vincent Aboubakar sebagai penyerang.
Selain itu, wakil Afrika itu juga mengharapkan Fabrice Ondoa sebagai penjaga gol
Chile
Pasukan Amerika Selatan ini membuat debut buat kali pertama untuk pertandingan ini. Alexis Sanchez, Arturo Vidal dan Gary Medel menjadi harapan utama pemenang Copa America 2015 itu.
Australia
Pemenang Piala Asia 2015 ini mengharapkan pemain otai seperti Tim Cahill. Mile Jedinak akan ditetapkan sebagai pemain tengah untuk skuad Socceroos. Adakah kegagalan semasa mewakili benua Oceania dapat ditebus semasa menjadi wakil Asia? Sama-sama kita nantikan.
Jerman
Juara dunia 2014 itu mencuri tumpuan apabila berani menurunkan 7 pemain yang tidak pernah dipanggil ke ‘caps’ antarabangsa. Antara pemain tersebut ialah Kevin Trapp dan Sandro Wagner. Ramai berpendapat Jerman tidak serius dengan pertandingan ini.
Kesimpulan
Kami rasa ramai di luar sana pasti tidak akan sabar dengan aksi Piala Konfederasi 2017 ini. Manakah pasukan pilihan anda? Atau benua manakah akan mendominasi kejuaraan ini?
Atau adakah benua Asia atau Afrika bakal menjadi pengukir nama pada trofi kejohanan kali ini? Sama-sama kita nantikan!
Jangan lupa kongsikan dengan kami pasukan yang anda sokong kali ini.