Pemain berusia 33 tahun, Edinson Cavani yang berstatus free agent selepas tujuh tahun menabur bakti bersama Paris Saint-Germain (PSG) menyertai Manchester United pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas kali ini.
Membawa masuk pemain veteran, dan berstatus free agent sebenarnya bukan model perpindahan yang asing bagi kelab dengan gelaran Setan Merah ini
Berikut adalah 5 pemain free agent yang dianggap berstatus bintang pernah dibawa masuk oleh Manchester United sejak era Premier League.
Laurent Blanc
Laurent Blanc dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson sebagai pengganti kepada Jaap Stam pada 2001.
Blanc yang merupakan anggot skuad Piala Dunia 1998 yang muncul juara di halaman sendiri bagaimana pun bergelut dengan prestasi pada musim pertamanya di Old Trafford.
Prestasi pemain veteran itu kemudiannya menjadi semakin baik pada musim berikutnya, dan Blanc membantu Man Utd meraij kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2002/03 sebelum bersara dari bola sepak.
Michael Owen
Selepas meninggalkan Newcastle United pada 2009, Michael Owen menyediakan pengiklanan untuk memancing kelab yang berminat dengan khidmat beliau.
Dan ia mengejutkan ramai kerana Sir Alex Ferguson membuat keputusan untuk membawa masuk bekas penyerang Liverpool itu ke Old Trafford.
“Saya tidak percaya dengan nasib yang saya ada apabila Manchester United menyatakan minat untuk mendapatkan saya,” ujar Owen kepada BBC pada Mei 2020.
“Saya bergelut dengan karier saya selama ini dan Juara England pula menunjukkan minat terhadap saya. Saya benar-benar teruja selepas mereka menghubungi saya.”
Walaupun dengan isu kecederaan yang ada, Owen masih mampu menyumbang 17 gol dari 52 penampilan untuk Setan Merah. Gol kemenangan dramatik minit ke-96 menentang Manchester City adalah salah satu jaringan ikonik yang pasti akan dikenang oleh pemain ini sampai bila-bila.
Victor Valdes
Selepas 12 tahun di dalam skuad utama Barcelona, Valdes mahukan pengalaman dan cabaran baru. Beliau memilih untuk menyertai Man Utd pada Januari 2015 secara percuma.
Bagaimana pun Valdes hanya tampil dalam dua perlawanan untuk Setan Merah sebelum pemain itu dikategorikan sebagai ‘tiada di dalam perancangan’ oleh Louis Van Gaal selepas pemain itu enggan beraksi untuk skuad B-21.
Sergio Romero
Romero boleh dianggap sebagai penjaga gol yang amat ‘underated’. Penjaga gol dari Argentina ini tiba di Old Trafford pada 2015, dan hanya tampil dalam 7 perlawanan Premier League untuk Man Utd.
Kebiasaannya Romero akan diturunkan dalam perlawanan perebutan trofi dan tidak dibolosi dalam perlawanan akhir Europa League 2017 menentang Ajax.
Musim panas ini Romero dikaitkan dengan perpindahan ke Everton selepas kepulangan Dean Henderson secara pinjaman dari Sheffield United. Buat masa ini, Man Utd tampak belum bersedia melepaskan penjaga gol ini.
Sergio Romero deserves a better treatment. 😢 So sad for him pic.twitter.com/6QqsW4Kdth
— Murphy 🏴 (@UTDMurphy) October 8, 2020
Zlatan Ibrahimovic
Ibrahimovic menyertai Man Utd pada usia 34 tahun sebagai free agent. Ramai yang skeptikal sama ada Ibrahimovic masih mampu menghadirkan impak di Premier League pada ketika itu.
Penyerang itu membuktikan pengkritiknya salah apabila menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan untuk skuad Setan Merah. Pemain dari Sweden ini turut membantu pasukannya itu menjuarai Piala EFL dan Liga Europa pada musim 2016/17.
Kecederaan ACL yang dialaminya pada musim terakhir menyebabkan Man Utd terpaksa melepaskan pemain itu sebelum beliau berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyertai LA Galaxy.
Man Utd's squad still talk about Zlatan Ibrahimovic 🥰
🗣 Lee Grant: "The lads would talk about him constantly.
"'Do you remember when Zlatan did this?' 'Remember that goal?' 'Remember when he nutmegged that guy and absolutely took the p*ss?'"
Some players leave a mark 😎 pic.twitter.com/5kVg74cLaS
— GOAL (@goal) August 19, 2020
Penutup
Pemain kebangsaan Uruguay itu pastinya akan menggunakan pengalaman dan kebolehan beliau untuk membantu jentera serangan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
United pada musim ini menyasarkan untuk menamatkan saingan liga dalam kedudukan empat teratas bagi melayakkan diri secara automatik ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.
Mampukah Cavani membantu merealisasikan harapan Man Utd kali ini?