Senarai Calon Pengurus Baharu Barcelona Selepas Permulaan Longlai Koeman

Selepas satu lagi keputusan mengecewakan pada hujung minggu lalu menentang Granada, kedudukan Ronald Koeman sebagai pengendali Barcelona mulai menjadi perbualan peminat. Sudah tentu siapakah calon pengganti sekiranya pengendali dari Belanda itu dipecat mulai diambil kira.

Era pasca Messi menyaksikan Barcelona hanya merekodkan dua kemenangan dan dua seri di La Liga selain kekalahan kepada Bayern Munich di saingan Champions League pada pertenghan minggu lalu.

Walaupun semua sedia maklum kelab Catalan itu menghadapi krisis kewangan yang parah, harapan prestasi di atas padang tetap tinggi membuatkan masa depan Koeman menjadi bahan perdebatan.

Sekiranya presiden kelab, Joan Laporta mengambil keputusan untuk memecat Koeman, persoalannya siapakah yang akan mengisi kerusi panas di Nou Camp itu? Berikut adalah antara calon jurulatih baharu yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Roberto Martinez

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Belgium ini dipandang tinggi di Barcelona, dan ini bukan kali pertama nama Martinez dikaitkan dengan jawatan pengendali di Nou Camp.

Walaupun memiliki kontrak sehingga 2022, Persatuan Bola Sepak Belgium dipercayai tidak akan menghalang Martinez untuk mengubah angin, terutamanya jika ada tawaran yang bagus dari kelab yang besar.

Martinez dianggap sebagai pengganti paling sesuai terutama dari segi kewangan kerana tidak memerlukan gaji yang besar.

Dari segi komitmen bersama Belgium, Martinez berkemungkinan bersedia untuk menyertai Barcelona pada pertengahan Oktober selepas separuh akhir UEFA Nations League.

Xavi Hernandez

xavi
(Photo by Pedro Salado/Action Plus via Getty Images)

Legenda Blaugrana ini dianggap sebagai salah seorang legenda dari skuad terhebat yang pernah dilahirkan Barcelona selepas millenium.

Dianggap sebagai bakal pengendali pada masa depan sejak beberapa tahun yang lalu, nama Xavi sebenarnya telah dicalonkan untuk mengendalikan Barcelona oleh bekas calon presiden, Victor Font.

Sekiranya Barcelona memecat Koeman, Laporta dijangka turut bersedia untuk memanggil Xavi sebagai pengganti.

Merupakan jurulatih Al Sadd, Xavi sebelum ini pernah menolak tawaran Barcelona kerana berpendapat ianya masih terlalu awal untuk berbuat demikian.

Tidak dapat dipastikan sama ada Al Sadd akan melepaskan Xavi dengan mudah dari kontrak sedia ada, dan adakah Xavi sanggup mengambil risiko meninggalkan posisi beliau pada hari ini.

Antonio Conte

Kredit Foto: Daily Mail

Pengendali dari Itali ini mungkin tidak sama acuan dengan bola sepak yang Barcelona mahukan, tetapi Antonio Conte adalah seorang serial winner.

Dan jika Barcelona terdesak untuk mengembalikan zaman kegemilangan kelab itu, maka Conte adalah calon yang harus dipertimbangkan secara serius.

Sepanjang kariernya, Conte telah menjuarai tiga gelaran Scudetto bersama Juventus, kejuaraan Premier League bersama Chelsea dan membuktikan kemampuannya sekali lagi di Serie A bersama Inter Milan apabila menamatkan dominasi Juventus.

Conte juga adalah calon pengganti yang Barcelona boleh perolehi dengan segera kerana kini tidak terikat dengan sebarang kelab.

Philip Cocu

Phillip Cocu Wayne Rooney Derby County
(Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Bekas pemain tengah Barcelona ini memiliki rekod yang baik bersama PSV Eindhoven, menjuarai Liga Belanda sebanyak tiga kali.

Cocu juga biasa dengan persekitaran di Barcelona, selain memahami budaya dan jenis bola sepak yang menjadi falsafah kelab Catalan itu. Adanya beberapa pemain berasal dari Belanda juga dilihat akan memudahkan komunikasi di dalam pasukan.

Cocu juga tanpa sebarang kelab sekarang dan boleh dilantik terus. Namun yang menjadi pertanyaan ialah sejauh mana Barcelona mahu percayakan Cocu dan berapa lama Barcelona sanggup bersabar untuk memulihkan kembali kelab itu ke prestasi sepatutnya?

Pilihan lain yang ada

Selain daripada empat calon utama di atas yang dianggap sebagai pilihan utama, Barcelona turut boleh melihat kepada Andrea Pirlo. Jurulatih itu terbukti mempunyai visi dan gaya permainan tersendiri ketika mengendalikan Juventus sebelum ini.

Ia adalah pengalaman pertama Pirlo di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan, dan ia tidak berjalan seperti dirancang ketika beliau bersama Juventus. Sanggupkah Barcelona mengambil risiko sedemikian?

Pada masa lalu Barcelona juga pernah melantik pengendali dari skuad Barcelona B seperti Pep Guardiola. Tetapi untuk melantik Sergi Barjuan untuk mengendalikan skuad utama belum lagi menjadi pilihan yang sesuai.

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN