Senarai 5 Calon Kegemaran Untuk Menggantikan Steve Bruce

Media bola sepak hari ini sedang hangat membicarakan tentang siapa calon paling tepat yang akan menggantikan Steve Bruce sebagai pengurus Newcastle United.

Beberapa minggu sebelum ini, para peminat sering memperdebatkan tentang nasib Steve Bruce di St James Park, apa lagi selepas pemilikan kelab bertukar tangan.

Sejak The Magpies dimiliki oleh Syarikat Konsortium Arab Saudi, terdapat ramai pemain-pemain bintang handalan yang dikaitkan bakal ditandatangani oleh Newcastle dalam masa terdekat ini.

Tidak kurang juga dengan ramai yang membincangkan tentang masa depan Steve Bruce, yang dirasakan tidak sesuai untuk membawa Newcastle ke arah yang lebih berjaya.

Hal yang dinanti-nantikan oleh para peminat The Magpies akhirnya berlaku juga dengan Newcastle United telah mengumumkan perpisahan mereka dengan Steve Bruce berkuat kuasa hari ini.

Bruce telah mengendalikan Newcastle selama dua tahun selepas tampil sebagai pengganti kepada Rafael Benitez pada tahun 2019, dan mengendalikan perlawanan ke-1000 sebagai jurulatih peringkat kelab ketika tewas 3-2 kepada Tottenham pada hujung minggu lalu.

Bruce yang berusia 60 tahun membantu mengekalkan Newcastle di Premier League selama dua musim, namun ia jelas beliau bukanlah watak popular untuk mengantikan Benitez.

Kedudukan Bruce semakin sukar selepas pengambilalihan Newcastle oleh konsortium Arab Saudi dilengkapkan beberapa minggu lalu.

Musim ini menyaksikan Newcastle belum memenangi sebaran perlawanan, dan kelab itu berada di tempat kedua tercorot kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Jadi siapa calon pengurus yang paling layak untuk membimbing Newcastle, dan memulakan era baru kelab di bawah pemilikan pemilik baru?

Berikut merupakan senarai lima pengurus yang hangat dikaitkan dengan bakal mengisi kekosongan jawatan pengurus Newcastle, selepas Steve Bruce dipecat.

1) Paulo Fonseca

Ia berlaku dengan sangat pantas, namun tidak boleh dielakkan lagi, yang Paulo Fonseca ketika ini dianggap calon kegemaran untuk dilantik sebagai pengurus Newcastle.

Bekas pengurus Roma dan Shakhtar Donetsk itu sebelum ini sudah hampir pasti untuk dilantik sebagai pengurus Tottenham Hotspur.

Walau bagaimanapun, rundingan antara beliau dengan pimpinan kelab pada musim panas lalu, berakhir dengan kegagalan, kerana Fonseca tidak bersetuju dengan visi kelab.

Fonseca mungkin bukanlah nama besar yang selalu disebut-sebut oleh para peminat, namun melihat kepada kemampuan yang beliau miliki, tidak mustahil untuk bekas pengurus Roma ini membawa Newcastle ke arah kejayaan.

Pendekatan yang beliau terapkan dalam sistem serangannya jelas sangat menakjubkan dan ia jauh berbeza berbanding apa yang diamalkan oleh Steve Bruce.

2) Antonio Conte

Nama Antonio Conte tidak dinafikan sememangnya antara pengurus yang paling dikenali dalam dunia bola sepak, yang gemar dengan projek seperti membangunkan Newcastle.

Selepas meninggalkan Inter Milan, Antonio Conte telah menerima banyak tawaran dari pelbagai kelab, namun beliau masih belum memutuskan projek mana yang berjaya menarik minatnya.

Seperti yang ditulis di atas, Conte jelas meminati projek seperti membangunkan Newcastle, dengan syarat pihak pengurusan tidak boleh mengganggu sistem dan pemain pilihannya.

Conte terbukti mampu untuk membawa kelab memenangi Piala dengan beliau sebelum ini sudah melakukannya dalam saingan Serie A dan juga saingan Premier League.

Satu hal yang menarik, memandangkan Newcastle ketika ini merupakan antara kelab paling kaya dalam dunia bola sepak, maka tiada masalah untuk Conte merangka perancangan beliau, dan memberi kelab apa yang mereka mahukan.

3) Graham Potter

Selain nama-nama besar dari luar England, terdapat juga calon pengurus Inggeris yang dikatakan layak untuk mengurus Newcastle, dan turut berjaya menarik minat kelab untuk mendapatkan khidmat mereka.

Graham Potter merupakan antara nama pengurus Inggeris yang berada dalam senarai pendek calon pengganti Steve Bruce untuk mengendalikan Newcastle United.

Memulakan karier pengurusannya bersama Ostersund FK, beliau telah dilantik untuk menjadi pengurus Swansea, dan turut menjalankan tanggungjawabnya dengan sangat cemerlang.

Beliau ketika ini sedang mengendalikan Brighton and Hove Albion dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau sangat cemerlang dalam menjalankan tugasnya.

Corak permainan Brighton di bawah kendaliannya sangat berbeza dengan mereka bermain ‘one-touch passing dan mengamalkan corak menyerang serta tidak henti menekan pemain pasukan lawan.

Beliau berjaya membawa Brighton pada musim ini untuk bersaing di kelompok teratas dalam saingan Premier League, dan turut dianggap antara lima pengurus terhebat dalam saingan bola sepak Inggeris pada ketika ini.

https://twitter.com/newsbht1/status/1448923120497201172?t=io-fPjZek0ncFZsQpDMmNQ&s=19

Potter hanya memerlukan kelab besar dengan pemain yang lebih berkualiti untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau, dan Newcastle merupakan destinasi yang tepat untuknya.

4) Lucien Favre

Para peminat menganggap Newcastle akan berada di tangan yang selamat andai Lucien Favre dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengurus mereka.

Beliau merupakan seorang pengurus yang sangat berpengalaman dan boleh dikatakan Favre sangat jarang melakukan kesilapan dalam mengendalikan sesebuah kelab.

Melihat cara permainan Borussia Monchengladbach dan Nice ketika di bawah kendalian Favre, corak persembahan mereka tidak dinafikan sungguh mengagumkan.

Mereka senantiasa mempamerkan aksi persembahan yang menghiburkan dan jarang mengecewakan para peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan.

Karier beliau bersama Borussia Dortmund juga tidak begitu teruk dengan Favre tetap mempamerkan taktikal dan corak persembahan yang sangat mengujakan.

Satu hal yang menarik, Favre mampu berbahasa Inggeris dengan sangat baik, dan ia jelas perkara terpenting untuk beliau masuk ke kancah saingan bola sepak Inggeris.

Beliau mempunyai perancangan yang sangat mengagumkan, dan seandainya Newcastle mahu kejayaan segera hasil bantuan dari duit, Favre merupakan individu paling tepat untuk dilantik.

5) Steven Gerrard

Nama terakhir yang ada dalam senarai ini merupakan legenda Liverpool, Steven Gerrard yang telah membuktikan kemampuan beliau dalam dunia pengurusan bersama Rangers.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya sangat berani untuk menggalas tugas berat di Ibrox, dan cemerlang membuktikan kemampuan sebenar beliau sejak dari awal lagi.

Beliau dengan mudah membantu Rangers memenangi gelaran Scottish Premiership pada musim lalu, seterusnya mengakhiri dominasi 10 tahun Celtic dalam kancah bola sepak Scotland.

Apa yang menariknya lagi, Steven Gerrard turut berjaya membantu Rangers mengakhiri saingan liga musim lalu, dengan tidak terkalahkan.

Pemilihan beliau sebagai pengurus juga bakal menjadi satu keputusan yang bijak oleh Newcastle, memandangkan Gerrard sudah cukup faham dengan kancah bola sepak Inggeris.

Leave a Reply