SemuanyaBOLA XI LS4: Kapten Hadin Terus Berada Dalam Senarai

Aksi LS4 Liga Super 2019 berlangsung pada minggu lalu. Berikut adalah kesebelasan pilihan kami.

Penjaga gol – Helmi Eliza
Helmi
FOTO: Pahang FA

Dollah Salleh mengakui beliau lega kerana tidak kalah dalam perlawanan ini. Salah satu daripada sebabnya adalah Helmi Eliza. Helmi ternyata berada dalam prestasi terbaik untuk menafikan banyak percubaan Selangor.

Bek kanan – Kamal Azizi (Terengganu)

Kuala Lumpur tidaklah bermain teruk. Namun Kamal Azizi antara masalah besar untuk Kuala Lumpur dalam usaha mereka cuba menebuk ruang pertajanan Terengganu. Satu aksi yang sangat kemas dan boleh dikira ‘solid’.

Bek kiri – Corbin Ong (JDT)

Beliau beraksi baik ketika menentang Melaka. Mencetuskan penalti untuk gol Cabrera. Kualiti kepantasan dan agresif membuatkan pemain sayap Melaka sukar melepasi beliau.

Bek tengah – Igor Zonjic (Terengganu)

Di saat penyerang Terengganu FC masih tercari sentuhan penyudah dan keputusan kurang memihak kepada mereka, muncul Igor membantu disaat diperlukan. Beliau juga sangat ‘solid’ di pertahanan.

Bek tengah – Nicholas Ryan Swirad (PKNS FC)

Minggu lalu kami senaraikan beliau dalam senarai simpanan. Setakat ini Swirad menjadikan musim ini sebagai petanda kebangkitan karier beliau. Beliau masih kekal cemerlang di benteng buat PKNS untuk minggu ke-4 berturut-turut dengan 2 clean sheet dalam 2 perlawanan berturut-turut – dan dua gol dalam 4 penampilan.

Tengah defensif – K. Sarkunan (Selangor)

LS4 adalah debut beliau musim ini. Beliau menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin dengan kerajinan yang luar biasa. Bak kata orang putih: ‘covers every blade of grass’ di Stadium Darul Makmur.

Jika anda tidak menyaksikan perlawanan ini, kami gambarkan anda dengan aksi Kante ketika bermain di DM – itulah gaya beliau dalam perlawanan menentang Pahang. Beliau melindungi pertahanan dengan sangat baik.

Tengah – Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Baddrol terus cemerlang bermain dalam sistem permainan Aidil Shahrin. Beliau menjadi penukar arah bola yang berkesan dan berterusan cuba mencetuskan kemungkinan di kawasan serangan.

Tengah – Romel Morales (PKNS FC)

Mencipta satu bantuan gol penting kepada Kpah Sherman dalam aksi menentang PKNP FC. Mengawal bahagian tengah dengan berkesan dan mampu menjadi perancang.

Sayap kiri – Hadin Azman (Felda United)

Beliau seakan-akan tidak mampu dihentikan daripada menjaringkan gol setakat ini. Aksi beliau dalam 4 perlawanan pertama musim ini – membuatkan Hadin menambahkan persona dalam personaliti beliau yang nampak lebih matang – dan selayaknya menjadi kapten.

3 gol daripada 4 perlawanan, ternyata beliau adalah pemain tempatan terbaik Malaysia setakat ini.

Sayap kanan -Patrick Reichelt (Melaka)

Satu-satunya pemain yang kami rasa tak berhak untuk kalah dalam aksi Melaka menentang JDT. Memiliki kualiti teknikal dan kualiti sebagai ‘team player’. Beliau juga menghidupkan perjuangan Melaka dalam aksi di Larkin.

Penyerang – Safawi Rasid (JDT)

Beliau memberikan dimensi berbeza kepada pemain lain dalam aksi menentang Melaka. Dalam erti kata lain, beliau meng-improvisasi pemain seperti Diogo. Sentiasa cuba memberikan sokongan dan menjadikan dirinya dalam keadaan bersedia. Gol yang cantik dan ‘licik’ menewaskan Khairul Fahmi.

Itu adalah kesebelasan utama kami untuk LS4. Anda bagaimana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN