Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini telah didedahkan dengan perkara baharu, apabila salah seorang pengguna media sosial X menyatakan gaji 63 orang staf pengurusan mereka bertaraf T20.
Menurut Sayf Ismail, beliau telah pun mengkaji laporan kewangan 2022 badan bola sepak Malaysia itu dengan menyatakan purata gaji 63 orang staf pengurusan mereka ialah RM12,000 sebulan.
Sambil makan ketupat hujung minggu nie, Kita tgk sikit perbelanjaan @FAM_Malaysia.
Ikut laporan kewangan 2022, jumlah gaji utk staf pengurusan adalah RM9.1 juta. Staf ada 63 org bermakna purata gaji kerja di FAM adalah RM12k?
Eh, semua staf FAM dlm T20?
Pelik, Jom kupas 🧵 pic.twitter.com/nRl08DGrzS
— Sayf (@Sayf_ismail) April 12, 2024
“Takkan gaji purata staff RM12k? Saya dulu ketua jabatan bergaji 7.5k. Saya tau kebanyakkan staf bukan pengurusan atasan purata gaji hanya 3-5 ribu sebulan + bonus 1 bulan setahun. Kita andai gaji purata 45 staff bukan atasan adalah 5k, jumlah belanja tahunan RM 2.95 juta.
“Kira-kira ini adalah andaian saya berdasarkan apa yang saya tahu. Dari segi ‘accuracy’ pastilah tidak tepat, tapi secara logik, kita boleh membuat andaian dan simple kira-kira untuk mendapatkan jumlah kasar yang mungkin menggambarkan keadaan sebenar.
“Ikut carta organisasi, ada 6 ketua jabatan. Kita andai gaji ketua jabatan 10k sebulan, jumlah tahunan adalah 780k. Jadi jumlah gaji tahunan 45 staff bukan pengurusan atasan + 6 ketua jabatan adalah RM 3.73 juta. Maka baki gaji lagi 12 ahli pengurusan tertinggi is RM5.37 juta!
“12 ahli pengurusan tertinggi ini saya anggap adalah Presiden + Staff Pejabat Presiden + Setiausaha Agung + Penolong Setiausaha Agung. Jadi bila dibahagikan 5.37 juta dgn 12, purata gaji mereka adalah ~RM34k sebulan.
“Dari 12 ini, gaji paling besar adalah top 3 iaitu Presiden, diikuti SUA dan Penolong SUA. Yang lain sy berani kata gaji dibawah 20k. Jadi gaji 9 bukan top 3 kita puratakan 20k maka dapatlah belanja 2.34 juta. So bila ditolak, belanja gaji top 3 ini bakinya RM3.03 juta setahun.
“Penolong SUA gaji tak lebih 25k, tahunan 325k. tolak 3.03juta jadilah 2.705 juta. Maka, gaji Presiden dan SUA purata sekitar RM ~104k sebulan!!!
“Gaji Presiden mestilah lebih dari SUA, so kita anggap 2/3 dapat ke Presiden, 1/3 ke SUA, maka gaji Presiden & SUA untuk 13 bulan.
“SUA ~ RM 69k sebulan, Presiden ~ 138k sebulan. So possible la dakwaan #suratlayang gaji Presiden 90k. Ingat, walaupun ini kira-kira kasar, ia berdasarkan jumlah dlm laporan FAM (9.1 juta utk 64 pekerja). Cuba buat kira2 sendiri, anda akan dpt jumlah yang tak jauh dari ini.
“Adakah patut Presiden & SUA terima gaji yg begini? Ingat #Bolasepak hak semua dan FAM mendapat dana kerajaan pembayar cukai, rakyat berhak mengetahui. Majulah Bolasepak Untuk Negara,” ulas beliau di media sosial X.
Terdahulu tular satu surat layang di media sosial dengan menyatakan pengurusan tertinggi FAM dibayar mahal sehingga memcecah jutaan untuk setahun.
“Kewangan FAM juga tenat dengan deficit hampir 5 juta setiap tahun, tetapi staf-staf FAM tahu President FAM, Timbalan Presiden FAM dibayar gaji yang lumayan.
“Apakah benar Gaji Presiden FAM mencecah RM90,000 sebulan, in tidak termasuk Allowance AFC dan FIFA, so berapakah total gaji yang diterima – RM3 juta setahun?
“Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjaga 37 juta rakyat Malaysia dan ekonomi negara pun tak ambil gaji malah memberi insentif lebih kepada para pekerja. President FAM pula ambil gaji setiap bulan, makan dan mesyuarat di hotel lima Bintang,” jelas surat layang tersebut.
Menerusi pendedahan sedemikian pastinya badan yang menguruskan skuad Harimau Malaya itu tidak berdiam diri dan akan memberi penjelasan pada masa akan datang.
Apatah lagi nama mereka juga semakin tercalar selepas skuad kebangsaan merekodkan dua keputusan positif lalu sewaktu menentang Oman dan beberapa peminat di media sosial berharap presiden FAM meletakkan jawatan dengan kadar segera.