‘Semakin Berkualiti’ – Aksi Rancak Bertenaga Kemboja Raih Pujian Meskipun Tewas Kepada Indonesia

Kemboja Piala AFF
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Selaku pasukan yang berada di kedudukan ke-170 dunia, Kemboja sememangnya bukan pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020.

Dalam edisi ke-13 yang berlangsung di Singapura pada tahun ini, pasukan yang digelar Angkor Warriors itu masih gagal mengutip sebarang mata selepas dua perlawanan setelah tewas kepada Malaysia dan Indonesia.

Tetapi dalam kedua-dua perlawanan yang diharungi itu, mana mungkin kita dapat menafikan peningkatan ketara terhadap corak permainan yang ditampilkan oleh Kemboja.

Menentang Malaysia, skuad kendalian Kaisuke Honda itu menampilkan permainan yang kemas, selesa memegang bola dan mencatatkan statistik penguasaan bola yang lebih baik, iaitu 56.9 peratus dan turut memiliki 10 sepakan penjuru (berbanding 5 Malaysia).

Kemudian ketika aksi berdepan Indonesia, meskipun tewas dengan keputusan 4-2, Kemboja mampu mengimbangi corak permainan pantas yang cukup menghiburkan bagi sesiapa sahaja yang menonton perlawanan ini.

Walaupun hadir ke kejohanan ini dengan status ‘underdog’ atau bukan pilihan, mereka tidak mempamerkan gaya permainan yang defensif atau sering kita sebutkan sebagai taktik ‘parkir bas’.

Sebaliknya pemain-pemain seperti Kouch Sokupheak, Sieng Chantea, Chan Vathanaka, Yue, Saphy, Lim Phisoth, Chrerng Polroth dan Prak Mony Udom membuktikan mereka mampu menghadirkan ancaman kepada berisan pertahanan lawan.

Kini Kemboja mempunyai dua lagi perlawanan untuk melengkapkan aksi di peringkat kumpulan. Mungkin berdepan Laos untuk perlawanan seterusnya adalah medan terbaik untuk mereka mencatat keputusan yang lebih positif.

Melihat ‘kebangkitan’ pasukan-pasukan kerdil di pentas Asia Tenggara ini sewajarnya menjadi iktibar buat Malaysia agar segera bangun dari lamunan dan tidak terus selesa dengan tahap sedia ada.

Dengan apa yang ditampilkan oleh Kemboja pada malam ini, tidak mustahil mereka akan menjadi salah satu pencabar buat pasukan-pasukan lain di rantau ini seperti mana revolusi luar biasa Vietnam yang dapat kita saksikan hasilnya pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN