Selesai Jalani Pembedahan, Ruben Loftus-Cheek Berjanji Kembali Dengan Lebih Kuat

Loftus-Cheek

Seperti yang diketahui pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek telah mengalami kecederaan Achilles tendon pada perlawanan perlawanan persahabatan menentang New England Revolution, kelmarin.

Kecederaan dialaminya sekaligus menutup rapat peluang pemain berusia 23 tahun itu untuk beraksi di perlawanan akhir Liga Europa dan turut terlepas aksi antarabangsa bersama skuad England.

Dikhabarkan beliau terpaksa berehat selama lima hingga sembilan bulan dan ia memberi gambaran yang cukup jelas bahawa Loftus-Cheek akan menghadapi musim 2019/20 yang cukup sukar.

Majoriti penyokong Chelsea nyata berang dengan keputusan The Blues untuk menghadiri perlawanan di Boston sedangkan kelab tersebut mempunyai misi yang cukup besar pada 30 Mei nanti.

Loftus-Cheek yang sudah selesai menjalani pembedahan bagaimanapun berazam untuk tampil dengan lebih kuat bagi menghadapi antara situasi sukar dalam karier bola sepak beliau.

LONDON, ENGLAND – MAY 09: Ruben Loftus-Cheek of Chelsea battles for possession with Luka Jovic of Eintracht Frankfurt during the UEFA Europa League Semi Final Second Leg match between Chelsea and Eintracht Frankfurt at Stamford Bridge on May 09, 2019 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

”Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya pada ketika ini, lebih banyak kekeliruan berbanding kesedihan.”

”Pembedahan saya berjalan dengan lancar, jadi saya bermula dengan baik!”

”Saya akan menonton aksi rakan-rakan dari luar buat seketika, saya ingin mengucapkan selamat berjaya buat mereka pada perlawanan akhir Liga Europa dan sudah tentu di Liga Negara-Negara UEFA (England).”

”Kembali dengan kuat selepas mengalami kecederaan adalah sesuatu yang perlu saya lakukan dalam hidup dan saya akan melakukannya sekali lagi,” luah Ruben Loftus-Cheek di laman Instagram milik beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN