Pemain tengah Barcelona, Pedri dijangka akan terus diketepikan untuk sebulan lagi selepas imbasan terbaharu mendapati kecederaan pehanya masih belum pulih sepenuhnya.
Pemain berusia 18 tahun itu mula menghadapi masalah kecederaa ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Bayern Muncih pada Sepetember lalu.
Menurut laporan Radio Catalunya, mungkin disebabkan beliau terlalu tergesa-gesa untuk kembali beraksi dan mula menjalani latihan ringan pada penghujung Oktober, ia akhirnya telah mengundang padah.
Walaupun Pedri dijangka boleh kembali selepas beberapa minggu, tetapi berdasarkan penilaian pasukan perubatan, beliau terpaksa kembali semual ke meja rawatan kerana hasil imbasan menunjukkan kecederaannya itu mengambil masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya.
https://twitter.com/ForcaLaliga/status/1461748310692274184?s=20
Ini bermakna pengurus baharu Barca, Xavi Hernandez tidak dapat menggunakan khidmat pemain mudanya itu untuk baki tujuh perlawanan pada tahun ini iaitu lima perlawanan La Liga menentang Espanyol, Villareal, Real Betis, Osasuna dan Elche serta dua aksi UCL berdepan Benfica dan Bayern Munich.
Mungkin agak janggal untuk melihat Pedri diketepikan dalam tempoh yang agak panjang. Musim lalu beliau dianggap seperti ‘robot atau ‘alien’ setelah beraksi 68 perlawanan untuk kelab dan negaranya dengan 54 daripadanya adalah sebagai pemain kesebelasan utama.
Maka sebahagian pemerhati berpendapat tiada keraguan lagi bahawa kecederaan yang dihadapi Pedri ketika ini adalah kesan daripada kesilapannya yang terlalu memerah kudratnya melebihi dari tahap yang sepatutnya. Apatah lagi dengan usianya yang masih muda.
Ia mengundang dilema Xavi untuk menyelesaikan isu kecergasan di Barcelona dan bekas pemain tengah itu telah bertekad akan membuat pembaharuan terhadap fasiliti kesihatan kelab tersebut.
Bekas jurulatih Al-Sadd berusia 41 tahun itu melihat terlalu banyak pemain yang bergelut dengan masalah kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lalu beliau mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan ketua unit fisio Juanjo Brau, jurulatih kecergasan Albert Roca serta ketua doktor kelab Roman Canal dan sudah membariskan pengganti yang diharapkan dapat menamatkn masalah kecergasan yang membelenggu Barcelona.
Keputusan penting pertama Xavi di Barcelona, memberhentikan Juanjo Brau (Fisioterapis) dan Albert Roca (Pelatih fisik).
Penggantinya adalah Carles Nogueira dan Ivan Carlos, keduanya adalah staff Xavi sewaktu di Al-Sadd. 🤝
Yang butuh inihttps://t.co/s4kth2YvUp pic.twitter.com/1kL8Si3vLF
— Extra Time Indonesia (@idextratime) November 9, 2021
Dengan kecederaa Pedri ini, ia membuka ruang kepada beberapa pemain muda lain seperti Nico Gonzales, Gavi dan Riqui Puig untuk membuktikan keupayaan mereka di bawah era baharu bersama Xavi.