Selepas Pogba, Giliran Rashford Mendapat Cemuhan Berbaur Perkauman

Mereka yang melakukan cemuhan berbaur perkauman di media sosial bersembunyi di sebalik akaun palsu,” ujar pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer selepas melihat Marcus Rashford menjadi sasaran cemuhan.

Pemain antarabangsa England itu dicemuh selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan malam tadi, menyaksikan United tewas 2-1 di tempat sendiri kepada Crystal Palace.

Rashford menjadi pemain kedua yang mendapat cemuhan serupa selepas Paul Pogba pada minggu lalu.

Badan bebas Kick It Out menganggap perbuatan tersebut sebagai ‘buruk’ dan memerlukan tindakan drastik untuk menentangnya.

Pada awal minggu lalu, Twitter melakukan pertemuan dengan pihak pemegang taruh untuk memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan keadaan serupa seperti yang dihadapi oleh Pogba.

Malah rakan sepasukan lain – termasuk Rashford – turut lantang mengkritik cemuhan sebegitu, tatkala pengurus pasukan kebangsaan England mengajak pemain bola sepak profesional memboikot terus media sosial.

Selain Rashford dan Pogba, turut menjadi sasaran sebelum ini ialah penyerang Chelsea, Tammy Abraham dan pemain Reading, Yakou Meite.

Kick It Out dalam satu kenyataan semalam berkata: “Cemuhan ‘buruk’ berbaur perkauman berterusan di media sosial hari ini.

“Masalah ini tidak akan pergi tanpa tindakan yang tegas – itulah perkara yang akan digariskan kepada Twitter ketika kami melakukan pertemuan.

Solskjaer pula mahu pihak berkuasa melakukan sesuatu.

“Ia adalah perkara sama yang telah kita bincangkan pada minggu lalu. Ia seperti tidak kedengaran, dan ia perlu dihentikan.

“Saya seperti hilang jika perkara ini berterusan. Kita sentiasa ada kempen ‘Katakan Tidak Kepada Perkauman’ dan perkara ini terus berterusan , bersembunyi melalui identiti palsu. Ia perkara memalukan untuk dibicara pada 2019.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN