Bekas pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dijangka akan dilantik sebagai pengurus baharu Paris Saint-Germain (PSG) bagi menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat.
Menurut laporan media Perancis L’Equipe, difahamkan pemain-pemain PSG telah diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa jurulatih warga Argentina itu akan menyertai kelab tersebut dalam masa terdekat.
Would be extremely surprising if PSG don't make Pochettino their top priority.
Easily the best available manager on the market. pic.twitter.com/5kST4aEIPb
— Micky Green’s Tips (@_MickyGreenTips) December 24, 2020
Sekalipun telah membawa PSG menjuarai Ligue 1, Coupe de France, Copue de la Ligue serta mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lepas, Tuchel tetap kehilangan pekerjaannya ekoran prestasi hambar pada musim ini.
PSG telah tewas empat perlawanan liga setakat ini dan menduduki tangga ketiga di belakang Olympique Lyon dan Lille dan ianya jelas tidak menyenangkan pemilik kelab Nasser Al-Khelaifi yang mahu kelab tersebut terus mendominasi saingan domestik.
Sekalipun kontrak Tuchel akan tamat pada penghujung musim ini, pihak pengurusan merasakan mereka tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan kejuaraan utama dengan sasaran terbesar adalah menggenggam trofi UCL.
🚨 Tuchel out. Poch in? 🚨
Mauricio Pochettino is expected to take over at PSG after Tuchel was sacked this morning, according to reports. pic.twitter.com/6mgSF23vRa
— ShaciyeAbukar Ambassador (@ShaciyeA) December 24, 2020
Selepas diundi bertemu Barcelona di peringkat kalah mati kejohanan Eropah tersebut, mereka tidak yakin Tuchel mampu membuat kejutan ke atas kelab La Liga berkenaan dan memilih Pochettino yang dirasakan mempunyai reputasi lebih baik.
Jurulatih berusia 48 tahun itu pernah membawa Spurs menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua dan muncul naib juara UCL selepas tewas kepada Liverpool pada musim 2018/19.
PSG juga bukanlah satu pasukan yang asing buat Pochettino kerana beliau pernah beraksi untuk kelab Perancis itu selama dua tahun pada 2001 hingga 2003.
Mauricio Pochettino back in his PSG playing days 👀 pic.twitter.com/ohbMzGtQzZ
— ESPN FC (@ESPNFC) December 24, 2020
Beliau juga telah dikaitkan dengan beberapa pasukan lain sebelum ini seperti Manchester United, Arsenal, Barcelona, Real Madrid serta beberapa kelab Eropah lain.
Antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Parc de Princes ketika ini adalah Dele Alli yang membuat debut bersama Spurs ketika di bawah kendalian Pochettino dan muncul sebagai salah seorang pemain muda terbaik Eropah sebelum mengalami penurunan prestasi ketika ini.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mauricio Pochettino dan PSG:
Zidane Semakin Tertekan, Pochettino Calon Utama Pengganti Di Real
“Apa Guna Duit Banyak Tapi Tak Menang UCL?” – Villas-Boas ‘Tembak’ PSG