Pemain Manchester City, Kyle Walker dijangka akan meninggalkan kelab tersebut untuk mencari cabaran baharu dengan beraksi di Bundesliga.
Selepas memenangi treble pada musim ini bersama-sama City, Walker dijangka akan menyertai Bayern Munich dengan perpindahan ke Jerman dilihat semakin hampir terjadi.
Menurut laporan The Athletic, yuran perpindahan melibatkan kedua-dua pihak dijangka tidak ada masalah untuk mendapatkan pemain seperti Walker.
Walker juga dilihat berminat untuk memastikan perpindahan ini berlaku selepas pemain itu mempunyai minit yang terhad ketika bersama-sama City musim ini.
Dengan minat yang ditonjolkan oleh Bayern untuk mendapatkan Walker, dilihat proses perpindahan akan dilakukan dengan mudah sambil melihat seorang lagi pemain City akan meninggalkan kelab tersebut.
Selain Walker, pertahana Joao Cancelo juga dilihat akan berjalan keluar daripada City selepas pemain tersebut jelas tidak senang dengan kekurangan minit yang diterimanya di England.
Beliau yang sudah sedia bersama Bayern secara pinjaman daripada City musim ini dijangka akan terus meninggalkan juara England itu secara tetap.
Jika perpindahan ini berjaya dibuat, Bayern akan memperoleh dua pertahanan tepi yang cukup baik dan mampu untuk menguatkan lagi pasukan dalam usaha mencabar kejuaraan Eropah.
Dan ini juga akan membuka ruang kepada City untuk melabur semula dengan mendapatkan pemain baharu bagi terus menguatkan pasukan yang sudah sedia kuat.
Walker merupakan sebahagian daripada skuad treble City yang memperoleh Premier League, FA Cup dan juga UEFA Champions League.