Selepas Man. United, Giliran Liverpool Pula Kenakan Caj Tinggi Kepada Penyokong Barcelona

Masih ingatkah anda dengan laporan bahawa Manchester United mengenakan caj mahal ke atas penyokong Barcelona yang bertandang ke Old Trafford?

Apa sebabnya?

Ianya kerana Barcelona terlebih dahulu mengeluarkan harga tiket penyokong lawan yang mahal.

Manchester United mengenakan caj yang sama dan kemudian disubsidikan kepada penyokong mereka yang bertandang ke Nou Camp.

Terbaru, Barcelona turut mengenakan caj yang tinggi kepada penyokong Liverpool yang bertandang ke Nou Camp. Barcelona mengumumkan tiket untuk penyokong Liverpool adalah €119 (sekitar RM554.30).

Angka itu agak membebankan para penyokong dan dianggap terlalu tinggi.

Oleh itu, Liverpool mengambil langkah yang sama – seperti Manchester United sebelum ini – dengan mengenakan caj yang sama – dikenakan Barcelona ke atas penyokong The Reds.

Sebahagian daripada kutipan itu akan disusbsidi kepada penyokong yang membeli tiket perlawanan di Nou Camp. Liverpool akan memberikan €31 (RM60.10) kepada penyokong Liverpool yang membeli tiket perlawanan di tempat lawan.

Ini bermakna penyokong hanya akan membayar €88 (409.90).

Barcelona memperuntukkan 4,620 tiket kepada penyokong Liverpool untuk perlawanan pada 1 Mei ini.

Perlawanan Liverpool vs Barcelona pastinya menjadi tumpuan. Kedua-dua pasukan memburu kejuaraan UCL ke-6. Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan Spurs vs Ajax Amsterdam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN