Selepas Lama Menyepi, David Moyes Dijangka Kembali Ke Everton

Nasib dan masa depan Marco Silva bersama Everton ibarat telur di hujung tanduk selepas tewas 5-2 kepada Liverpool dalam Derbi Merseyside di Goodison Park pada awal pagi tadi.

Dua gol dari Divock Origi, dan masing-masing satu jaringan oleh Xherdan Shaqiri, Sadio mane dan Georginio Wijnaldum memberikan The Toffees kekalahan ke-9 di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Ia turut menyebabkan Everton kini terjerumus ke kedudukan ke-18, dalam zon penyingkiran.

Beberapa calon pengurus lain dikatakan telah dibincangkan di kalangan Ahli Lembaga Pengarah di Everton sejak beberapa minggu lalu untuk menggantikan Silva.

Silva dilantik sebagai pengurus di Everton pada 2018 selepas meninggalkan Watford.

Antaranya yang sedang hangat diperkatakan ialah David Moyes. Pengendali berusia 56 tahun itu meninggalkan Goodison Park untuk mengejar cita-cita tinggi bersama Manchester United pada musim 2013, menggantikan Sir Alex Ferguson yang bersara.

Namun projek beliau di Old Trafford tidak menjadi apabila dipecat sebelum berakhirnya musim pertama beliau bersama gergasi Inggeris itu.

David Moyes

Sejak daripada itu, Moyes telah mengendalikan beberapa pasukan lain termasuk Real Sociedad di Sepanyol, Sunderland dan West Ham.

Beliau kini tanpa sebarang kelab selepas meninggalkan The Hammers pada kontrak beliau sehingga penghujung musim 2017/18 tamat.

Ketika mengendalikan Everton dari 2002 sehingga 2013, Moyes pernah dianugerahkan LMA Manager of the Year sebanyak tiga kali, iaitu pada musim 2002/03, 2004/05, dan 2008/09.

Bagaimanapun ia terpulang kepada pemilik kelab, Farhad Moshiri untuk menentukan sama ada Moyes akan kembali ke Goodison Park, atau beralih kepada calon lain seperti Eddie Howe sekiranya mampu meyakinkan pengendali itu meninggalkan Bournemouth.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN