Selepas Kereta Ariff Farhan, Giliran Kereta Thanabalan Pula Hilang

N.Thanabalan

Kejadian kecurian kereta pemain bola sepak tempatan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

2 hari lagi sebelum Liga Malaysia akan membuka tirainya, penyerang pasukan Negeri Sembilan yang juga merupakan bintang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, N. Thanabalan memohon bantuan orang ramai untuk mencari keretanya yang dilaporkan hilang pagi semalam.

Menurut laman facebook miliknya, difahamkan kereta jenis Proton Iswara itu dengan nombor pendaftaran TQ 5198 didapati hilang pada pukul 5 pagi berdekatan dengan Batu Caves.

Oleh yang demikian, bantuan orang ramai turut diminta untuk membantu beliau mencari kenderaan tersebut sehingga dijumpai.

Bagi orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut, anda boleh terus melaporkan kepada balai polis berdekatan atau menghubungi Thanabalan sendiri melalui laman facebooknya.

Semalam, pemain tengah skuad Lang Merah, Ariff Farhan turut memuat naik satu kenyataan di laman media sosial Facebook peribadi beliau untuk memaklumkan kenderaan kesayangannya telah hilang, dipercayai dicuri.

Pemain yang berusia 21 tahun itu menggunakan kenderaan jenis Honda Civic Type R, berwarna putih, dengan nombor pendaftaran WA 5494 N dilaporkan hilang dari kawasan parkir di sekitar Perkarangan Astaka Utama, Stadium Darul Aman.

Perkara tersebut hanya disedari setelah beliau selesai menjalani sesi latihan bersama skuad Kedah.

Tatkala setiap pemain dan pasukan lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir untuk sepak mula kempen baharu, dua pemain ini mungkin tidak senang duduk pada masa ini.

Kami di pihak Semuanya BOLA, menyeru agar komuniti bola sepak dan pembaca kami khasnya,membantu mencari kereta milik 2 pemain berkenaan dan melaporkan segera kepada pihak polis jika anda mempunyai maklumat mengenainya lokasi kereta tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN