Selepas Jadi DJ, Khairy Jamaluddin Kini Bergelar Pengarah JDT

Khairy Jamaluddin

Selepas disingkirkan daripada parti UMNO yang disertainya serta kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15, mantan Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin kini terjun semula ke dunia bola sepak.

Selepas menyertai stesen radio Hot FM sebagai juruhebah, kini Khairy turut turun ke bidang bola sepak setelah sekian lama ditinggalkannya.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Naib Presiden FAM satu ketika dahulu kembali ke kancah bola sepak dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pengarah.

Menurut laporan daripada pihak JDT, Khairy kini menyertai JDT sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah kelab tersebut berkuatkuasa serta merta.

Dalam masa yang sama, Khairy juga diangkat sebagai Penasihat Belia Johor.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT.

“[Ia] selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” tulis JDT di laman Facebook mereka.

Pelantikan Khairy sebagai pengarah JDT bakal membantu kelab tersebut untuk meneroka lebih banyak peluang mencipta kejayaan berdasarkan pengalaman yang ada padanya dalam bidang sukan.

Khairy yang juga sebelum ini mantan Menteri Belia dan Sukan pasti akan menggunakan pengalamannya ketika menjawat jawatan tersebut untuk sama-sama membantu memacu kemajuan JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN