Demba Ba telah mencetuskan sensasi baru di media sosial pada ketika ini, dengan beliau meninggalkan kelab barunya, FC Lugano selepas hanya membuat penampilan selama 48 minit sahaja bersama pasukan dari Switzerland itu.
Bekas penyerang Chelsea itu menyertai pasukan dari Super League selepas kontrak dua tahunnya bersama Istanbul Basaksehir tamat pada penghujung musim lalu.
Demba Ba belum sempat diturunkan dalam kesebelasan utama untuk Lugano dengan beliau sebelum ini hanya sempat membuat tiga penampilan sahaja sebagai pemain simpanan.
Demba Ba didn’t want to hang around 👀
— talkSPORT (@talkSPORT) August 19, 2021
Secara keseluruhannya, Demba Ba hanya beraksi selama 48 minit sahaja untuk kelab barunya itu, sebelum mengundurkan diri.
Demba Ba memutuskan untuk meninggalkan FC Lugano kerana beliau tidak gembira dengan penukaran hak milik kelab dari pemilik lama kepada pemilik yang baru.
Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Joe Mansueto yang juga merupakan pemilik pasukan Chicago Fire dari saingan Major League Soccer telah sah menjadi pemilik baru kepada FC Lugano.
Menurut sumber laporan dari media Switzerland, RSI, Demba Ba kini sudah kembali ke Paris, tempat di mana beliau tinggal sebelum ini dan kembali menjadi ‘free agent’.
Demba Ba's 'swiss roll' has quickly gone stale with the ex-Newcastle striker quitting FC Lugano after just 48 Minutes of action due to a change of ownership.
He is now back in Paris and available on a free! #NUFC pic.twitter.com/iQGHDjEZWI
— Magpie 24/7 (@Magpie24_7) August 19, 2021
Beliau sebelum ini pernah mengharungi karier yang cemerlang di pelbagai negara termasuk England dalam saingan Premier League.
Antara detik paling diingati ketika kariernya di England, Ba merupakan individu yang meranapkan impian Liverpool untuk memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 24 tahun pada tahun 2014 yang lalu.
Beliau ketika itu menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea seterusnya mengesahkan kejuaraan liga kepada Manchester City.
Detik itu tidak dinafikan merupakan hari dan peristiwa yang selalu menjadi mimpi ngeri untuk penyokong Liverpool, terutama kepada legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Steven Gerrard.
Ex-Chelsea striker Demba Ba QUITS Swiss side Lugano after just 48 minutes https://t.co/rsamy6tCeg
— Sun Sport (@SunSport) August 17, 2021
Liverpool walau bagaimanapun telah terlepas dari badi tersebut dengan mereka akhirnya memenangi gelaran Premier League pertama kelab pada musim 2019/20.
Demba Ba turut berjaya menjaringkan gol ketika bertemu dengan Manchester United dalam saingan Champions League musim lalu, dengan beliau cemerlang membantu Istanbul Basaksehir menewaskan gergasi Premier League itu dengan keputusan 2-1.
Gol jaringan beliau telah memberi impak yang buruk pada skuad Red Devils dengan mereka pada ketika itu tersingkir dari saingan Champions League dan terpaksa beraksi di saingan Europa League.
Former Chelsea striker Demba Ba has sensationally quit his new club FC Lugano after just 48 minutes of action in the Swiss side’s shirt
Ba departured following change of ownership
He join the Lugano following the expiration of his two years contract with Istanbul Basaksehir pic.twitter.com/isFLRwpVml
— Oluwatobiski 💭💞 (@Tobbyleeluv1) August 18, 2021
Paris Saint Germain dan RB Leipzig muncul sebagai juara dan naik juara kumpulan, seterusnya melayakkan diri mereka ke pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim lalu.
Walau sudah berusia 36 tahun dan tubuh badannya yang semakin berisi, namun Demba Ba sebenarnya masih mempunyai kualiti penyudah yang sungguh luar biasa mengagumkan.
Jadi tidak hairanlah mengapa FC Lugano sebelum ini berminat untuk mendapatkan khidmatnya, dengan Ba juga turut mempunyai pengalaman luas yang boleh dikongsikan dengan para pemain muda.
Demba Ba QUITS Swiss side Lugano after just 48 minutes of action for new club https://t.co/Y5D4Tc1Ajn
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 17, 2021
Sangat menarik untuk melihat ke mana arah tujunya selepas ini, dengan beliau sepertinya masih belum berhasrat untuk menggantung bootsnya lagi.
Tidak mengejutkan juga andai Ba kembali beraksi dalam saingan Premier League selepas ini, kerana pengalaman dan kemampuan yang beliau miliki menjadikan hal tersebut tidak mustahil untuk berlaku.