Ini bukan pertama kali berlaku sekiranya nama sebenar pemain ini, Ronaldo Luis Nazario de Lima bakal hadir ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan JDT.
Sebelum ini, seorang lagi bekas bintang Galaticos milik Real Madrid, Luis Figo turut pernah hadir ke Larkin untuk menyaksikan sendiri perlawanan di antara JDT menentang Perak dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.
Perkara ini didedahkan oleh laman media sosial JDT sendiri, JOHOR Southern Tigers pada malam tadi.
“Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos bermungkinan bakal menyaksikan kehadiran seorang lagi legenda bola sepak pada minggu hadapan apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tuan rumah buat pertama kalinya dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC, menentang Gyeongnam FC dari Korea Selatan pada 12 Mac,” ujar kenyataan kelab tersebut.
Ronaldo pernah bergelar juara Piala Dunia sebanyak dua kali bersama Brazil. Pertama kali adalah pada usia 17 tahun, pada Piala Dunia 1994. Beliau adalah pemain utama ketika membantu Brazil menewaskan Jerman di perlawanan akhir Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan.
Hari ini Ronaldo adalah pemilik kepada kelab La Liga Real Valladolid dan kehadiran beliau ke Johor juga adalah untuk mengadakan perbincangan dengan pemilik JDT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), bagi membincangkan kemungkinan para pemain muda JDT yang bercita-cita besar untuk menimba ilmu dengan skuad Real Valladolid B yang beraksi dalam saingan Segunda Division B.
Ronaldo menamatkan karier dengan 412 gol dalam 601 perlawanan – sudah cukup untuk diiktiraf antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Beliau dianggap sebagai pemain paling berbakat/most decorated player – menjadi simbol pemain bola sepak terbaik pada era beliau dan sejarah bola sepak dunia.