Selepas Dipecat UMNO, Khairy Jamaludin Akan Sertai JDT?

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi antara pasukan tumpuan musim ini menerusi segala bentuk persiapan yang dibuat mereka untuk mencabar kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

Terbaharu, pasukan tersebut berkemungkinan akan melantik bekas Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka pada masa akan datang.

Selain bakal dilantik selaku CEO, Khairy juga dinyatakan bakal memikul tanggungjawab lain selaku penasihat belia pasukan berkenaan yang boleh dianggap sesuatu sangat mengujakan dalam arena bola sepak tempatan.

Perkara ini dinyatakan sendiri menerusi perkongsian yang dibuat oleh pemilik JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebentar tadi dengan mempamerkan kedua gambar mereka bersama kenyataan tersebut.

Umum diketahui, Khairy secara rasminya sudah pun dipecat keahlian beliau daripada pucuk pimpinan UMNO semalam selain beberapa lagi turut menerima nasib yang sama seperti beliau.

Pada beberapa tahun lalu sebenarnya hubungan kedua individu berpengaruh ini tidak begitu berjalan lancar dengan ketika itu Khairy bertugas selaku Menteri Belia dan Sukan.

TMJ pula ketika itu merupakan Presiden untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Baginda ada beberapa kali menegur cara kerja Khairy yang dianggap tidak begitu bagus ketika itu.

“Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” tegas baginda menerusi Malaysia GazetteMalaysia Gazette.

Ketika itu TMJ menegur Khairy yang dilihat tidak hadir untuk menyaksikan final perlawanan Piala FA membabitkan antara Kedah dan Sri Pahang pada tahun 2017.

Walaubagaimana pun, ketika ini hubungan mereka berdua mungkin sudah jernih dan pastinya ada sesuatu yang istimewa dilihat oleh TMJ mengenai kualiti Khairy untuk JDT.

Seperti yang semua tahu, TMJ merupakan individu yang amat teliti untuk melantik sesiapa pun dalam keluarga JDT, kerana Baginda merupakan seorang mementingkan kualiti kerja.

Jika Khairy sah menyertai JDT, maka ia akan menjadi sejarah baharu buat pasukan berkenaan yang akan mendapatkan kepakaran beliau untuk menguruskan pasukan tersebut.

Ketika ini, skuad JDT masih lagi berada di Dubai untuk aksi pramusim mereka sebelum saingan Liga Super bermula tidak lama lagi dengan mengharungi beberapa perlawanan persahabatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN