Selepas Digantung Tugas, FAM Panggil Semula ‘Pengadil Botak’ Bantu Siasatan

Zulkarnain Zakaria

Selepas digantung tugas akibat kecuaian dalam mengadili perlawanan, ‘pengadil botak’ atau Zulkarnain Zakaria dipanggil semula oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau dipanggil bukanlah kerana faktor akan dibenarkan semula untuk menyambung tugas, sebaliknya adalah kerana untuk membantu siasatan mengenai isu yang berkait dengan dirinya.

Menurut laporan Majoriti, Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Zulkarnain dipanggil semula kerana mahu mengadakan siasatan penuh terhadap beliau bagi memastikan isu pengadilan teruk sebegini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Dalam masa yang sama, FAM juga mahu menyiasat sekiranya terdapat gangguan daripada pihak luar sehinggakan ada pengadil yang tidak bertindak seadilnya ketika perlawanan berlangsung.

“Kita perlu tengok semua aspek sebelum kita ambil tindakan lanjut, tetapi langkah pertama sudah kita ambil dengan dia [Zulkarnain] digantung. Jawatankuasa penilai pengadil FAM tengah melihat dan akan panggil beliau untuk proses seterusnya.

“Kita tak boleh sampai dekat situ [unsur mengatur perlawanan], biar mereka [jawatankuasa] melakukan siasatan penuh dahulu,” kata Hamidin.

Zulkarnain sebelum ini terpalit kontroversi selepas memberikan keputusan yang amat meragukan ketika perlawanan Sabah menentang Penang di Likas.

Dalam perlawanan tersebut, Sabah menang 5-2 ke atas Penang untuk memastikan mereka terus kekal menghambat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pendahulu.

Ianya adalah kemuncak kepada kepincangan mutu pengadilan Zulkarnain yang selepas perlawanan tersebut, digantung daripada mengadili mana-mana baki aksi Liga Malaysia pada tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN