Sebelum ini Atletico menandatangani pemain tersisih, Diego Costa dan juga pemain ‘flop’ Alvaro Morata dari Chelsea.
Kini Atletico mensasarkan seorang lagi pemain yang bergelut dalam pasukan Chelsea iaitu Gonzalo Higuain. Higuain kini masih bermain untuk Chelsea secara pinjaman.
Sejak menyertai Chelsea pada Januari lalu, Higuain masih gagal menunjukkan kualiti pembunuh yang konsisten di depan gol.
Chelsea sebelum ini meletakkan klausa lanjutan tempoh pinjaman selaman setahun. Chelsea juga berhadapan dengan penggantungan 2 jendela perpindahan. Buat masa ini, tiada berita lagi rayuan mereka diterima.
Untuk kontrak Higuain, Chelsea dilaporkan boleh mendaftarkan pemain itu untuk musim akan datang. Ini kerana klausa lanjutan setahun pada tempoh pinjaman itu dikira di luar daripada tarikh hukuman dijatuhkan.
Berbeza dengan situasi Kovacic, di mana pemain itu tiada klausa tambahan setahun dalam kontrak pinjaman beliau.
Namun buat masa ini, kelihatan Chelsea mungkin tidak akan mengaktifkan klausa tersebut – kecualilah Maurizio Sarri mendesak pengurusan tertinggi mereka.
Selain itu, Higuain juga sudah boleh dikira tidak akan kembali ke Juventus lagi kerana opsyen di kelab tersebut yang sudah terlalu ramai – pastinya Higuain bukan pilihan ke-2 sekalipun.
Laporan di Itali oleh Tutto Juve melaporkan bahawa Atletico Madrid mempertimbangkan untuk mendapatkan Higuain pada jendela perpindahan akan datang.
Simeone mahukan pemain senegara beliau itu untuk memperbaiki bahagian serangan pasukannya. Ini selepas Diego Costa dan Morata gagal menyerlah setakat ini.