Selepas ‘Bunyi’ Melalui Media, Harith Haiqal Akhirnya Dilepaskan Selangor

Harith Haiqal Selangor FC Harimau Muda

Adakah tindakan pemain pertahanan Selangor FC, Harith Haikal Adam Afkar memberikan komen di media menyebabkan dirinya akhirnya dilepaskan untuk menyertai skuad negara ke kelayakan Piala Asia B-23?

Skuad Harimau Muda ketika ini sedang giat menjalani latihan pusat sebelum pusingan kelayakan yang bakal berlangsung pada minggu depan di Mongolia. Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan Mongolia. Sebelum ini, Harith Haiqal tidak dilepaskan oleh Selangor disebabkan krisis kecederaan mereka.

Selangor telah kehilangan ramai pemain disebabkan kecederaan sejak awal musim lalu yang memaksa mereka memaksimumkan penggunaan pemain muda dari Selangor 2 antaranya Mukhairi Ajmal dan Harith Haiqal.

Ujar pemain itu kepada New Straits Times, “Peluang saya masih 50-50 selepas perbincangan dengan Pengarah Teknikal pasukan, Michael Feichtenbeiner dan ketua jurulatih, Karsten Neitzel. Saya mengimpikan bermain untuk negara dan jika saya hanya dilepaskan beberapa hari sebelum saingan pun, saya mahu pergi.”

“Piala Malaysia berlangsung setiap tahun dan saya masih berpeluang untuk sertainya tahun depan. Namun, saingan kelayakan di Mongolia adalah peluang untuk saya menyinar kerana ada kemungkinan saya tak akan dapat panggilan ini lagi di masa depan,” ujar Harih Haikal yang merupakan bek tengah dalam sistem bek bertiga.

Dan menerusi laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, diumumkan yang Harith Haiqal akan menyertai skuad B-22, esok. Adakah Selangor akhirnya mengalah kepada permintaan pemain untuk bersama skuad negara walaupun pada dasarnya mereka ada hak untuk tidak melepaskan pemain mereka?

Sebelum ini, menerusi pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, Selangor menyatakan mereka tidak akan melepaskan dua pemain muda iaitu Harith Haiqal dan Mukhairi Ajmal untuk bersama skuad B-22 negara.

Ini berikutan masalah kecederaan yang menghantui The Red Giants sejak awal musim. Katanya, “Bagi kelayakan B-23 ini, kami telah lepaskan pemain-pemain dari pasukan simpanan untuk menyertai pasukan kebangsaan.”

“Kami bangga apabila ramai pemain kami dipanggil untuk tugasan antarabangsa dan kami sentiasa galakkan mereka untuk bermain dengan pasukan kebangsaan. Namun Piala Malaysia juga sasaran penting bagi kelab.

“Dan kami mahu beri persembahan baik [Piala Malaysia]. Pemain-pemain ini diperlukan untuk menampung kecederaan dalam pasukan,” tambahnya kepada New Straits Times sebelum kenyataan Harith Haiqal.

Untuk rekod, Selangor telah melepaskan 11 pemain dari Selangor 2 untuk menyertai kem skuad muda negara itu dan mungkin ini yang terpaksa mereka lalui apabila membolot 37 pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti yang diumumkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada Julai lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN