Perang banter di antara Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor yang juga pemegang saham terbesar Kedah Darul Aman FC dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) nampaknya masih berterusan.
Terbaru, Sanusi menerima penghantaran daripada TMJ berbentuk makanan segera McDonald’s. Perkara itu dikongsikan oleh TMJ sendiri melalui ruangan IG Story peribadi sebentar tadi.
Melalui perkongsian tersebut, seorang lelaki berbaju biru (dipercayai wakil TMJ) kelihatan menyerahkan bungkusan makanan McDonald’s bersama empat belon bewarna biru dan merah (warna rasmi JDT).
“Apa Punya Peluru Kapoq” – Presiden KDA FC, Sanusi Balas ‘Tembakan’ TMJhttps://t.co/7pMVKN1QpQ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 14, 2021
Turut diserahkan ialah sejambak bunga dengan mesej tertulis: “Dengan ingatan tulus ikhlas, TMJ.”
Selepas dimaklumkan hadiah-hadiah tersebut adalah kiriman daripada TMJ, jelas kedengaran Dato’ Seri Sanusi berkata: “Terima kasih, terima kasih TMJ. Kita jumpa lagi Khamis ini.”
Sekali TMJ hantar Mekdi dekat Sanusi daa.. 😅
🎥: IG @HRHJohorII pic.twitter.com/Afv5dSHvNF
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 15, 2021
Nampak gembira. pic.twitter.com/jFFru3P8s7
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 15, 2021
Turut tertulis melalui perkongsian oleh TMJ ialah: “No diet? One way to keep a clown happy. McDonalds… Always work.”
‘Banter kasaq’ kedua-dua individu penting KDA FC dan JDT ini bermula selepas TMJ menegur pengurusan KDA FC yang hanya menjelaskan bayaran gaji yang tertunggak selama dua bulan sebelum perlawanan suku akhir yang mempertemukan kedua-dua pasukan.
Saling berbalas banter, kedua-duanya memuat naik hujah masing-masing sehingga menyentuh beberapa perkara seperti ‘peluru kapoq’, ‘tertomos’, dan diet.
Perkara itu akhirnya dibalas dengan pemberian makanan segera McDonald oleh TMJ kepada Sanusi pada hari ini. Sudah tentu kata-kata gurauan tetap ada.
Melalui hantaran di Facebook beliau, Sanusi turut berkongsi beberapa foto hidangan McDonald yang diterima daripada TMJ.
Dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia membabitkan kedua-dua pasukan pada malam tadi, kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan di Stadium Darul Aman.
Kedua-dua pasukan akan beradu tenaga sekali lagi di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan timbal balik untuk menentukan pasukan manakah yang lebih berhak layak ke separuh akhir.