Selepas Argentina, PSSI Mahu Bawa Portugal Bertarung Dengan Indonesia

Indonesia

Selepas kejayaan membawa pasukan terhebat dunia iaitu Argentina ke bumi Indonesia, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kini merancang untuk mengadakan satu lagi aksi persahabatan masyhur di negara tersebut.

Walaupun gagal untuk mendaratkan Lionel Messi ke bumi Indonesia, PSSI kini merancang untuk membawa Cristiano Ronaldo dan Portugal beraksi menentang Asnawi Mangkualam dan rakan-rakan di Gelora Bung Karno.

Menurut laman ASEAN Football, pihak PSSI kini sedang cuba-cuba untuk membawa Portugal ke Indonesia sebagai salah satu daripada persiapan mereka ke Piala Asia 2023.

Naib Presiden PSSI, Zainuddin Amali berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk membawa Portugal beraksi menentang Garuda menerusi bantuan pihak kedutaan Indonesia di negara tersebut.

Zainuddin berkata selepas berjaya membawa Argentina ke Indonesia, ia sebenarnya telah membuka jalan kepada negara tersebut untuk membawa lebih banyak pasukan handalan dunia ke laman mereka.

Walaupun kalah, tetapi Indonesia dilihat positif dengan hasil yang mereka dalam aksi bertemu Argentina tempoh hari.

Dalam pada itu, disaat Indonesia memilih untuk menentang pasukan-pasukan masyhur, Vietnam pula ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan seteru Asia.

Vietnam dilaporkan akan menentang Australia sebagai salah satu daripada persiapan sebelum Piala Asia 2023.

FA Vietnam dan FA Australia dilaporkan sedang berada dalam proses perbincangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada September ini.

Secara asasnya, ia dilihat lebih sesuai kerana kedua-duanya adalah pasukan Asia dan kekuatan yang lebih setara berbanding Portugal yang sememangnya jauh lebih baik.

Namun, terpulang kepada mereka nak lawan siapa, janji Malaysia tak buat yang bukan-bukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN