Gergasi Liga 1 Indonesia iaitu PSM Makassar dilaporkan kini secara rasminya melepaskan bekas pemain import paling senior mereka iaitu Wiljan Pluim, selepas pemain ini berbakti selama tujuh tahun bersama pasukan tersebut.
Kenyataan rasmi sebelum itu dikeluarkan oleh PSM Makassar sendiri menerusi media sosial mereka dan mendapat pelbagai reaksi daripada para penyokong pasukan tersebut mengenai perkara berkenaan.
“Saat itu pun telah tiba, cepat atau lambat dalam sesuatu pertemuan pastinya akan ada perpisahan.
“Setelah mengadakan satu proses perbincangan yang panjang, PSM Makassar dan Wiljan Pluim akhirnya mencapai kata sepakat untuk menamatkan kerjasama yang sudah terjalin sejak tujuh tahun lalu.
“Atas nama keluarga besar, PSM Makassar juga ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya buat Pluim atas jasanya, kesetiaan, dan sentiasa bersama kami sepanjang tempoh tujuh tahun dua bulan ini.
“Wiljan Pluim sudah pun membarisi PSM Makassar sejak tahun 2016 dan telah melalui pelbagai saat susah senang bersama kelab ini untuk sekian kalinya.
“Ini juga menyaksikan Pluim sebagai pemain import paling lama yang beraksi bersama satu kelab untuk saingan Liga Indonesia sehingga kini.
“Detik suka dan duka sang kapten akan selalu dikenang dan tida akan digantikan. Terima kasih Wiljan “Tetta” Pluim,” jelas kenyataan tersebut.
Rata-rata komen para penyokong Indonesia juga mendoakan segalanya yang terbaik buat pemain dari Belanda itu dalam karier bola sepak profesional pada masa hadapan.
Malah rakan pemain bola sepak seperti Yassa Sayuri, Ramadhan Sananta, dan Reza Arya Pratama juga turut tampil dengan memberi komen sebagai tanda perpisahan kepada Pluim.
🚨 CONFIRMED 🚨
Borneo FC datangkan 🇳🇱Wiljan Pluim (34/MF) sebagai amunisi baru untuk putaran kedua 🇮🇩Liga1 2023/24!
MVP 🇮🇩Liga1 musim lalu tersebut diikat dengan durasi kontrak 1,5 musim atau hingga akhir musim 2024/25 bersama Pesut Etam 🧡🐬
‼️ IT'S HAPPENING ‼️ https://t.co/o6EnbpicjU pic.twitter.com/B9Z8l5pzSa
— . (@Indostransfer) October 10, 2023
Untuk rekod, Pluim telah pun mencipta 178 penampilan secara keseluruhan bersama pasukan tersebut dan beraksi di posisi pemain tengah bertahan.
Selain itu, Pluim juga telah mencatat 47 gol secara keseluruhan bersama 51 bantuan jaringan sejak awal penyertaannya bersama pasukan tersebut.
Antara kejayaan dikecapi Pluim di Indonesia termasuk kejohanan Piala Indonesia pada musim 2018/2019, serta menjuarai saingan Liga 1 Indonesia pada tahun lalu.
Laporan terbaharu menyatakan Borneo FC mendapatkan khidmat Pluim untuk jendela perpindahan kedua saingan liga tersebut musim ini.