Bekas pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla telah mendapat panggilan semula untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol – yang pertama sejak 2015 – setelah pernah melalui 11 pembedahan untuk merawat kecederaan sebelum ini.
Cazorla yang kini berusia 34 tahun pernah disisihkan selama 668 hari, dan menjalani pelbagai pembedahan akibat pelbagai kecederaan.
Lebih teruk, Cazorla pernah mengalami jangkitan bakteria yang ‘memakan’ 8cm sel tendon di buku lali beliau.
OFFICIAL: Santi Carzola has been called up to the Spain squad ahead of their friendlies against the Faroe Islands and Sweden.
It’s his first call up to the national team in four years. pic.twitter.com/Dz0t1ETcjt
— Squawka News (@SquawkaNews) May 17, 2019
Sepanyol akan memulakan kempen kelayakka Euro 2020 menentang Faroe Island pada 7 Jun, sebelum menjadi tuan rumah kepada Sweden pada 10 Jun di Madrid.
Cazorla sebelum ini pernah tampil di dalam 77 perlawanan dan menjaringkan 14 gol untuk negaranya. Jaringan terakhir yang beliau hasilkan untuk Sepanyol ialah ketika menang 2-0 ke atas England – di mana beliau menjaringkan gol kedua perlawanan.
Santi Cazorla is back in the Spain squad! ? pic.twitter.com/ir92eAZlFH
— Goal (@goal) May 17, 2019
Cazorla kembali ke Villarreal secara percuma dari Arsenal pada Julai 2018. Musim ini, beliau berjaya membantu menyelamatkan kelab tersebut dari tersingkir ke divisyen bawahan.
Sejak kembali ke La Liga bersama Villareal, Santi telah menjaringkan empat gol dan menghasilkan 10 bantuan gol. Setakat ini pemain ini telah melalui musim yang luar biasa apabila hanya terlepas aksi tiga perlawanan dari keseluruhan 37 perlawanan La Liga yang telah dilalui musim ini.