Selepas 4 Tahun, Safiq Rahim Akhirnya Kembali Dipakaikan ‘Armband’ Harimau Malaya

Safiq Rahim kapten Malaysia 'armband'

Mungkin Safiq Rahim sendiri tidak menyangka, beliau akan diberikan tanggungjawab untuk memakai ‘armband’ skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan berdepan Brunei sebelum saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Malaysia telah berjaya menumbangkan Brunei – ranking ke-191 dunia, dengan keputusan 4-0, sebentar tadi.

Kali terakhir ‘armband’ berada di lengan Safiq adalah dalam aksi persabahatan pada Mac 2018 ketika terikat 2-2 berdepan Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan diadili oleh pengadil yang sama, Nazmi Nasaruddin.

Selain itu, satu perkara yang juga menarik adalah Safiq mengetuai skuad yang 100 peratus berbeza kali ini.

Dan dalam aksi itu, buat kali pertama kita telah melihat aksi Natxo Insa di jentera tengah skuad kebangsaan.

 

Safiq kembali semula bersama skuad negara sejak pengendali, Kim Pan-gon mengambil alih skuad negara tahun ini. Dua aksi persahabatan di Singapura berdepan Filipina dan Singapura menyaksikan beliau kembali ke pentas antarabangsa selepas empat tahun. Beliau beraksi untuk 56 minit (Filipina) dan 82 minit (Singapura).

Dalam aksi berdepan Brunei malam ini, Safiq menggerakan jentera tengah dengan baik bergandingan bersama Syamer Kutty yang dilihat diberikan peranan yang berbeza berbanding dua aksi persahabatan sebelum ini.

Begitupun, beliau telah digantikan oleh Liridon Krasniqi di permulaan babak kedua setelah tampil 45 minit.

Selain itu, perlawanan malam ini turut menyaksikan debut oleh pemain bek sayap kiri, V. Ruventhiran yang mengambil alih posisi Corbin Ong. Khuzaimie Piee yang cemerlang dalam penampilan sebelum ini turut dikekalkan tetapi bergandingan bersama Junior Eldstal dan Dion Cools dalam penampilan ketiganya.

Malaysia mendahului babak pertama dengan berada dua gol di depan hasil jaringan Syafiq Ahmad dan Syamer.

 

Beliau juga memiliki beberapa peluang meledak gol antaranya dua percubaan di minit ke-28 dan ke-44.

Minit ke-16, Ruventhiran membuat sepakan penjuru yang menarik dan mengangkat bola dengan kemas ke depan gawang dan menemui Syafiq Ahmad yang melonjak dan menanduk kemas menerjah gawang.

Di penghujung babak pertama, hasil lambungan Safiq berjaya menemui Syamer yang membuat larian di antara benteng Brunei sebelum melepaskan rembatan tersasar. Ia hadir selepas Syamer berjaya meledak gol kedua.

Kedudukan menjadi 3-0 hasil tambahan gol oleh Faisal Halim – jaringan pertamanya bersama Harimau Malaya selepas enam penampilan pada minit ke-58. Hasil gerakan dua pemain gantian, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula itu akhirnya telah menemui Faisal Halim yang membuat larian dan rembatan ‘trademark’-nya.

Dan perlawanan berkesudahan dengan jaringan ke-4 daripada sepakan penalti oleh de Paula di minit ke-83.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN