Selepas 18 Mata Sahaja, Solskjaer Tidak Panik Dengan Pemecatan

Ole Gunnar Solskjaer menganggap berita yang mengaitkan beliau dengan pemecatan sebagai satu pembohongan.

Selepas 14 perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer dan Man United hanya mengutip 18 mata. Mereka seri 2-2 berhadapan dengan Aston Villa sebelum ini.

Solskjaer menyatakan beliau tidak begitu ambil pusing isu masa depan beliau kerana fokusnya kini adalah untuk mengembalikan United ke landasan kemenangan.

Solskjaer diberikan kontrak 3 tahun selepas berjaya menstabilkan United sebagai interim – selepas pemecatan Jose Mourinho.

Tetapi selepas mendapat kontrak tetap, Solskjaer telah bergelut untuk mendapatkan semula prestasi tersebut.

Wartawan meminta beliau memberikan komen tentang laporan bahawa masa depan beliau di Old Trafford dalam bahaya.

Solskjaer menjawab: “Itu penipuan yang memalukan. Tidak, saya tak ambil pusing tentang berita seperti itu.”

“Fokus saya sekarang hanyalah kepada tugasan saya dan melakukan sebaik mungkin yang termampu. Saya tak sabar dengan perlawanan seterusnya dan juga projek jangka panjang dengan merancang sesuatu bersama dengan pengurusan tertinggi.”

“Saya sentiasa sedih melihat rakan sejawatan di pasukan lain yang hilang jawatan. 3 orang dipecat dalam masa yang sangat dekat iaitu Pochettino, Unai Emery and Quique Sanchez Flores.”

“Ini addalah permainan margin. Kadangkala anda bernasib baik, dan kadangkala tidak. Namun saya tidak begitu risau tentangnya.”

“Kita terlalu banyak seri, dan juga kalah, sudah tentunya.”

“Namun untuk keputusan seri, kita sepatutnya boleh mengubahnya menjadi kemenangan. Dan bola sepak adalah berkaitan dengan keputusan.”

“Kami kecewa dengan kedudukan sekarang kerana tahu kami boleh mendapatkan yang lebih baik.”

“Apa yang kami sedang usahakan di dalam pasukan adalah cuba untuk menggerakkan pasukan supaya menjadi lebih baik. Namun ada beberapa keputusan tidak memihak kepada kami walaupun kami berhak menang.”

Solskjaer juga mengesahkan beliau sedang berbincang dengan Ed Woodward tentang perancangan pasukan pada masa mendatang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN