Selepas 17 Tahun Karier Profesional, Bastian Schweinsteiger Umum Persaraan

Legenda Jerman dan Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak pada umur 35 tahun sejurus sahaja berakhir saingan Liga Bola Sepak Amerika (MLS).

Schweinsteiger yang bermain untuk pasukan Chicago Fire sejak 2017 merupakan antara pemain Jerman yang paling berjaya dengan meraih pelbagai kejuaraan sepanjang 17 tahun karier di peringkat kelab dan antarabangsa.

Pemain tengah serba boleh itu menyertai akademi Bayern Munich pada 1998 sebelum menandatangani kontrak professional pertamanya di kelab berkenaan pada 2002.

13 tahun bersama juara Jerman itu, Schweinsteiger mengumpul lapan kejuaraan Bundesliga, tujuh Piala Jerman dan muncul pemenang Liga Juara-Juara Eropah pada 2013.

Beliau kemudiannya berkelana ke Manchester United pada 2015 untuk menyertai bekas pengurusnya, Louis Van Gaal.

Namun selepas kemasukan Jose Mourinho ke Old Trafford, berlaku krisis di antara kedua individu itu sehingga menyaksikan pemain Jerman berkenaan disisihkan ke skuad simpanan.

Schweinsteiger kemudiannya dilepaskan ke kelab MLS, Chicago Fire pada penghujung Mac 2017.

“Kepada peminat sekalian, masanya kini telah tiba. Saya akan menamatkan karier pada penghujung musim ini,” tulis Schweinsteiger di akaun Twitter miliknya.

“Untuk mengucapkan selamat tinggal sebagai pemain yang masih aktif adalah sangat berat buat saya. Tetapi saya akan terus melangkah untuk cabaran lebih menarik yang menanti saya di masa hadapan.

“Saya akan terus setia dengan dunia bola sepak!” Tambahnya lagi.

Schweinsteiger turut meraih 121 kaps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman dengan rekod 24 jaringan gol dan muncul pemenang Piala Dunia 2014 di Brazil.

Beliau masih tidak mendedahkan perancangannya selepas bersara kelak. Namun demikian, kemungkinan besar destinasinya adalah bersama skuad kebangsaan Jerman selaku staf kejurulatihan.

“Tempat beliau di sini sudah tersedia,” kata Jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Saya tidak tahu apa perancangannya selepas ini. Tetapi untuk mana-mana bekas pemain yang mahu menjadi jurulatih untuk pasukan remaja, kami sangat mengalu-alukan mereka.” tambah Loew lagi.

Kredit Foto: Spiegel Online

Bekas rakan sepasukan Schweinsteiger yang juga pemegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia, Miroslav Klose kini merupakan sebahagian dari staf kejurulatihan selaku jurulatih penyerang Die Mannschaft.

Selamat bersara Legenda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN