Selepas 10 Tahun Tabur Budi, Sergio Aguero Tinggalkan Man City

Sergio Aguero

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero telah mengesahkan yang musim ini adalah penampilan terakhirnya bersama kelab itu.

Selepas mengukuhkan namanya sebagai penyerang elit di Premier League selama 10 tahun, kini sudah tiba masa untuk pemain dari Argentina itu pergi.

Dalam ciapan Twitternya, Aguero menganggap ini sebahagian daripada hidup yang dimana semua yang bermula pasti akan berakhir.

Seperti patah tumbuh hilang berganti, kitaran karier Aguero bersama City berakhir dan ia membuka peluang kepada bakat baharu untuk menyinar.

“Satu kepuasan besar dan cukup bermaruah untuk bermain selama 10 musim penuh bersama Manchester City – satu perkara asing buat pemain profesional pada hari dan zaman ini.”

“10 musim dengan penuh kejuaraan utama, menerusinya saya mampu menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah dan meneguhkan rasa cinta dengan mereka yang sayangkan kelab ini – mereka sentiasa ada di hati saya.”

Aguero yang menyertai kelab Manchester itu pada 2011 tidak dapat menyorokan rasa terima kasihnya kepada pemilik kelab yang mendapatkan khidmatnya ketika pasukan itu sedang mengalami proses transformasi.

“Dengan bimbingan oleh pemilik dan sumbangan ramai pemain, kami memperoleh tempat kami dalam kalangan pasukan terbaik dunia.”

“Tugas untuk mengekalkan status ini akan diserahkan pula kepada orang lain. Untuk saya pula, saya akan berikan yang terbaik untuk baki musim ini untuk berikan piala serta kegembiraan untuk penyokong.”

Bermula musim hadapan, Aguero berkata beliau akan mulakan cabaran baharu di tempat lain tetapi dengan kualiti yang sama beliau pernah berikan buat City.

Bersama City, Aguero merangkul empat gelaran Premier League, satu FA Cup dan lima EFL Cup.

Beliau masih berpeluang merangkul empat piala musim ini termasuk kejuaraan Eropah.

Baca juga artikel kami mengenai Sergio Aguero:

Danny Ings Disebut-Sebut Bakal Ganti Aguero Di Man City

5 Kelab Yang Mungkin Jadi Destinasi Sergio Aguero Yang Seterusnya

Aguero Dikecam ‘Seksis’ Kerana Pegang Bahu Pembantu Pengadil Wanita

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN