JDT Muncul Juara Liga Super 2017 Walaupun Ditewaskan Selangor Hasil Bantuan Pahang

Perlawanan Selangor VS JDT yang berlangsung di Stadium MP Selayang dengan JDT mempunyai potensi untuk menjulang kejuaraan Liga Super di sini.

Mereka cuma memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan ke-4 Liga Super mereka.

Permulaan perlawanan sedikit perlawanan dengan Selangor memilih untuk menguasai bola dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan.

Namun begitu, JDT menguasai 10 minit pertama perlawanan dengan beberapa percubaan dari Safiq Rahim dan juga Natxo Insa.

Selangor juga mencuba untuk mendapatkan gol menerusi rembatan Forkey Doe dan separuh voli Amri Yahyah namun kedua-duanya melewati palang gol JDT.

Selangor memperoleh gol menerusi Syahmi Safari namun gol itu tidak dikira selepas pengadil menyalahkan Ugo Ukah kerana menggangu Izham Tarmizi untuk melakukan sepakan – kad kuning diberikan.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Penyokong pelawat menjadi gembira apabila Insa berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan dari jarak 25 meter yang menerjah gawang menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-39.

Separuh masa kedua dimulakan dengan sepakan percuma Safiq dari jarak dekat berjaya ditolak mudah oleh Norazlan Razali.

Selangor nyata merupakan pasukan dominan apabila mereka banyak melakukan serangan yang banyak kepada pasukan JDT.

Hasilnya, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan selepas menerima lontaran dari Syahmi.

Serangan dari Selangor lebih efektif di separuh masa kedua, dan hasilnya pemain gantian Andik Vermansah menjaringkan gol kedua untuk meletakkan Selangor di hadapan.

Insa hampir menjaringkan namun percubaan jarak dekat beliau ditepis Norazlan.

JDT terus melancarkan pelbagai serangan ke pintu gol Selangor namun ia tidak mampu memberikan gol kedua yang dicari mereka.

Walaupun tewas, JDT tetap muncul juara Liga Super 2017 selepas Pahang berjaya menewaskan Kedah di Darul Makmur.

Tamat perlawanan, Selangor 2-1 JDT.

Kesebelasan utama

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Ugo Ukah, Razman Roslan (ketua pasukan), Adam Nor Azlin, A. Namathevan, S. Veenod, Syahmi Safari, Saiful Ridzwan Selamat (Andik Vermansah), K. Kannan, Amri Yahyah (Halim Zainal), Forkey Doe

JDT: Izham Tarmizi (penjaga gol), S. Kunanlan, Aidil Zafuan (Nazmi Faiz), Fazly Mazlan, Fadhli Shas, Safiq Rahim (ketua pasukan), Natxo Insa, Afiq Fazail (Junior Eldstal), Gabi Guerra, Gonzalo Cabrera, Mohammad Ghaddar (Hazwan Bakri)

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Khairul Azuan Kidam
  • Penolong pengadil 1: Nojey Anak Naking
  • Penolong pengadil 2: Abdul Harun Osman
  • Pengadil ke-4: Abdul Rahman Wahab

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN