Selangor, UiTM Terpaksa Beraksi Di Luar Lembah Klang Kerana PKPB

Selangor Piala Malaysia

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan jadual perlawanan bagi pusingan pertama TM Piala Malaysia bermula 6, 7 dan 8 November 2020 yang menyaksikan dua pasukan tuan rumah Selangor dan UiTM FC beraksi di venue luar.

Ia susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sehingga 9 November depan.

Selangor selaku pemegang rekod 33 kali menjuarai Piala Malaysia akan menjadi pasukan ‘tuan rumah’ memilih Stadium Hang Jebat sebagai venue perlawanan pusingan 16 menentang Melaka pada 8 November 2020.

Manakala UiTM FC yang turut berpangkalan di Shah Alam akan menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak sebagai venue mereka menentang Kelantan pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun dua lagi pasukan yang terbabit dengan PKPB, Kuala Lumpur pula mendapat bye untuk layak automatik ke suku akhir manakala PJ City FC pula akan bertandang ke gelanggang lawan berdepan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 7 November 2020.

Manakala perlawanan-perlawanan lain tidak terlibat dengan PKPB disebabkan penularan COVID-19 boleh bermain di venue masing-masing iaitu juara Liga Premier Pulau Pinang menentang Felda United FC di Stadium Bandaraya.

Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuching FA di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos dan Kedah melawan Pahang di Stadium Darul Aman pada 6 November 2020. Satu lagi perlawanan membabitkan Perak dengan Kelantan United FC berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 7 November 2020.

Saingan suku akhir TM Piala Malaysia akan berlangsung pada 12 dan 13 November 2020, separuh akhir (17 November 2020) dan perlawanan akhir (22 November 2020) dengan menggunakan format kalah mati tanpa timbal balik bermula pusingan pertama di mana venue suku akhir akan dimaklumkan sebaik tamat perlawanan yang berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, semua pasukan sudah sedia maklum dengan perubahan venue perlawanan dan beliau percaya saingan dapat dijalankan mengikut perancangan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ketat oleh semua pasukan dan pegawai perlawanan terlibat.

“Penjadualan perlawanan TM Piala Malaysia sudah dirancang dengan baik dan semua pasukan termasuk pasukan yang terpaksa beraksi di venue luar iaitu Selangor dan UiTM FC sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pusingan pertama pada 6, 7 dan 8 November ini.

“Bagi memastikan kelancaran dalam tempoh COVID-19 ketika ini, MFL sebagai badan pengelola tidak akan berkompromi bagi pelaksanaan SOP dengan semua perlawanan mestilah berpandukan Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia 2020 tanpa penonton.

“Adalah diingatkan bahawa sebarang kegagalan mematuhi dan pelanggaran SOP oleh pasukan merupakan satu kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh MFL. Sebarang perubahan atau pindaan kalendar dan jadual adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.

Kredit Foto: Selangor FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Piala Malaysia:

Perubahan Format Saingan Piala Malaysia 2020 Beri Peluang Seimbang

Terlepas Aksi Piala Malaysia, Kurniawan Redha Keputusan MKN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN