Selangor Tutup ‘Pintu Belakang’ Dengan Klausa Pelepasan Sehingga RM6 Juta

Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa ‘rundingan pintu belakang’, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertindak meletakkan klausa pelepasan ke atas semua pemain skuad Red Giants musim ini.

Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, pihaknya telah meletak purata tanda harga di antara RM3 juta hingga RM6 juta jika mana-mana pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Selangor.

Pemain pertahanan kanan skuad Harimau Malaya, Syahmi Safari dikatakan antara pemain yang termahal apabila Dr Johan mendedahkan kontrak pemain tersebut diletakkan dengan klausa pelepasan RM6 juta.

“Selepas FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memperkenalkan kontrak baharu pada 2017, FAS sudah menggunakan template itu dengan setiap pemain diletakkan klausa pelepasan.

“Raja Muda (Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah) mahu setiap pemain dilindungi persatuan dan sebab itu semua urusan mengenai kontrak pemain sudah diselesaikan lebih awal pada November lalu.

“Ia bukan saja dapat melindungi pemain, malah dapat menjaga kepentingan dan hak pasukan yang sudah berbelanja besar terhadap seseorang pemain,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Syahmi Safari menjadi bualan peminat bola sepak tempatan selepas menjaringkan gol cantik dalam Piala AFF 2018.

Mengulas mengenai isu perpindahan kontroversi Akhyar Rashid ke pasukan JDT, Dr Johan berkata kemungkinan pasukan Kedah masih menggunakan template kontrak lama dan berharap pasukan lain dapat mengambil iktibar.

“Isu KFA yang saya dengar, mereka masih menggunakan template lama dalam kontrak pemain. Jadi saya harap, pasukan lain juga harus memperbaharui kontrak mengikut garis panduan yang diletakkan oleh FAM supaya isu seperti Akhyar dapat dielakkan,” katanya.

KEFA sokong langkah pasukan Liga Malaysia letak tanda harga

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kedah Darul Aman (KEFA), Khamal Idris Ali menganggap pasukan yang meletak nilai harga pada klausa pelepasan pemain sebagai satu langkah bijak dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan pelepasan kontrak pada masa depan..

“Meletakkan nilai harga pelepasan dalam perjanjian kontrak yang dibuat sesetengah persatuan yang kita lihat hari ini merupakan langkah penambahbaikan yang patut dilakukan dalam memastikan hak persatuan atau kelab lebih terjamin.”

“Kami juga melihat Selangor telah mengumumkan tanda harga perlu dibayar mana-mana pihak yang berminat mendapatkan pemain mereka dengan harga antara RM 3 juta hingga RM 6 juta dan ini termasuk pemain berharga mereka iaitu Syahmi Safari.”

“Ini salah satu cara untuk melindungi hak serta kepentingan persatuan dan pemain yang sudah mengeluarkan bajet dan perbelanjaan besar untuk ‘melahirkan’ pemain berkenaan.” katanya dalam Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN