Selangor Terus Tagih Khidmat Taylor Regan, Sean Selvaraj

Taylor Regan

Selepas melanjutkan kontrak empat pemain termasuk penjaga gol utama, Khairulazhan Khalid bersama-sama Tamil Maran, Namathevan dan Ashmawi Yakin, Selangor turut mengesahkan bahawa pemain import, Taylor Regan dan Sean Selvaraj turut dikekalkan  bagi menghadapi Liga Malaysia 2020.

Taylor Regan memainkan peranan penting dalam membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga serta melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Pertahanan tengah kelahiran Australia itu juga merupakan pilihan utama B. Satiananthan bagi mengemudi benteng Selangor sekaligus menjadikannya sebagai pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama skuad Gergasi Merah pada musim ini sebanyak 30 penampilan.

Mampu menjadi ancaman lawan terutamanya ketika situasi sepakan penjuru, Taylor Regan berjaya menyumbangkan dua gol iaitu pada pertembungan Liga Super bertemu Perak dan PDRM [Piala Malaysia].


Selain itu, karisma dan sifat kepimpinan yang tinggi dimiliki Regan turut membolehkannya dilantik sebagai penolong ketua pasukan.

Manakala, Sean Selvaraj pula dilaporkan masih mempunyai baki kontrak bagi membolehkannya terus menyarung jersi Selangor untuk musim hadapan.

Membuat 26 penampilan, pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan dua gol ketika bertemu Melaka United dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat pada 6 April lalu.

Dalam perkembangan yang sama, FA Selangor berharap dengan kepercayaan diberikan kepada Taylor Regan dan Sean Selvaraj, mereka mampu memberikan persembahan terbaik untuk pasukan Selangor bagi musim 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN