Selangor Terpaksa Lupakan Khidmat Wan Zack Haikal

Saingan Liga Malaysia belum pun bermula, namun skuad Gergasi Merah ditimpa malang apabila pemain baharu mereka, Wan Zack Haikal mengalami kecederaan serius ketika perlawanan persahabatan pra musim menentang kelab dari Singapura, Home United.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, Wan Zack dilaporkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di bahagian lutut iaitu kecederaan serius yang sentiasa menjadi mimpi ngeri kepada pemain bola sepak professional.

Ia bermakna Selangor kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat bekas pemain FELDA United itu yang dijangka akan berehat selama 8 bulan untuk rawatan dan sesi pemulihan.

Wan Zack Haikal meraikan jaringan German Antoine ketika menentang Home United. FOTO: FA Selangor

Situasi itu jelas tidak menggembirakan pengendali skuad itu, B. Satiananthan yang menagih khidmat pemain itu bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Super 2019 menentang FELDA United pada hari Ahad ini.

“Perkara ini boleh berlaku kepada mana-mana pasukan. Kami perlu menerima ketiadaan Wan Zack dan berharap pemain-pemain lain dapat mengisi kekosongan dengan baik,” katanya.

Ini bukan kali pertama Wan Zack ditimpa kecederaan ACL kerana  pada tahun 2013, beliau terpaksa berehat panjang dan tidak dapat meneruskan kontraknya bersama kelab Jepun, FC Ryukyu.

Keadaan padang punca pemain mengalami kecederaan serius

Difahamkan kecederaan tersebut berpunca daripada keadaan padang yang tidak memuaskan ketika perlawanan persahabatan tersebut.

“Permukaan padang menjadi faktor kecederaan yang dialami oleh Wan Zack dan kami perlu mencari padang yang baik untuk menghadapi perlawanan.” jelas Satiananthan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN