“Selangor Tak Boleh Tewas Menentang Muangthong” – Razman Roslan

Suka atau tidak, Selangor tidak boleh keciciran sebarang mata lagi jika mereka impi untuk cuba mara lebih jauh pada saingan AFC Champions League Two (ACL 2) musim ini serta terus membanggakan peminat.

Melihat kepada perjalanan semasa kelab tersebut, ianya dianggap tidak begitu teruk kerana mereka hanya mencipta satu kekalahan sahaja daripada empat perlawanan diharungi.

Selebihnya, skuad kendalian Abdi Hassan serta pernah mendapat sentuhan Nidzam Jamil itu merekodkan dua kemenangan serta satu keputusan seri di pentas Asia.

Kedudukan semasa mereka di Kumpulan H juga menyaksikan kini Selangor menghuni tangga kedua belakang Jeonbuk Hyundai bersama tujuh mata telah pun diraih.

Walaupun begitu, wakil dari Malaysia itu dianggap masih belum selamat kerana mereka hanya dibezakan dua mata sahaja bersama Muangthong di kedudukan ketiga kumpulan tersebut.

Justeru, pasukan itu tidak boleh keciciran sebarang mata untuk baki dua lagi perlawanan akan datang atau Selangor terpaksa berpuas hati dengan menamatkan cabaran itu di peringkat kumpulan sahaja.

Menurut bekas pemain Selangor iaitu Razman Roslan pula, beliau melihat kelab tersebut sebenarnya masih lagi terbuka untuk melayakkan diri ke pusingan lebih jauh.

Malah, beliau menyifatkan aksi bertemu Muangthong sebagai suatu yang sangat penting dan The Red Giants tidak boleh keciciran sebarang mata jika ingin mara ke pusingan seterusnya.

“Secara matematik, Selangor ketika ini berada di kedudukan kedua dengan tujuh mata, manakala Muangthong di tempat ketiga menerusi lima mata.

“Saya rasa aksi bertemu Muangthong di laman sendiri bakal menjadi aksi penting. Ini kerana selepas itu pasukan akan menentang Cebu FC di tempat lawan dan saya rasa mereka tidak mempunyai masalah untuk meraih keputusan positif.

“Mungkin satu kemenangan dan satu seri sudah cukup (untuk Selangor mara ke pusingan kalah mati) dan merea tidak boleh tewas kepada Muangthong,” kata beliau menerusi Kosmo.

Aksi seterusnya membabitkan pasukan itu berdepan Muangthong pada 28 November di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan harapan untuk memperoleh keputusan positif.

Kemudian, mereka bakal pergi ke Filipina untuk membuat perhitungan terakhir di peringkat kumpulan bertemu Cebu sebelum mereka mengetahui jika mampu atau tidak mara ke pusingan seterusnya.

Kredit Foto: Shah Amirul Semuanya BOLA

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN