Selangor Semakin Hampir Muktamadkan Shahrel Fikri, Nik Sharif Haseefy

Nik-Sharif-Haseefy-Pahang-2020-Selangor-2021

Selangor memulakan langkah awal untuk musim hadapan apabila dua pemain, Shahrel Fikri dan Nik Sharif Haseefy dikatakan semakin hampir menjadi milik The Red Giants.

Sebelum saingan musim ini berakhir, sudah ada cakap-cakap mengenai seorang pemain Perak yang bakal berkelana ke sebuah pasukan di Lembah Kelang, namun ianya masih samar mengenai identiti pemain yang dikhabarkan tersebut.

Akhirnya, menurut maklumat yang dikongsi oleh wartawaran The Star, T. Avineshwaran, Shahrel Fikri dikatakan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya ke Selangor. Prestasi penyerang berusia 26 tahun itu pada musim ini telah mencuri tumpuan pihak pengurusan Selangor untuk membawanya ke sana.

Shahrel Fikri cemerlang melalui musim 2020 ini dengan hampir dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super, tetapi dipintas saat akhir oleh penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun – dua gol melebihi 10 gol dicetak Shahrel Fikri.

Ironinya, dua penyerang ini bakal bergandingan di jentera serangan yang sama pada musim depan, sekiranya Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berjaya dalam usaha untuk mengekalkan Ifedayo Olusegun, yang dikatakan diintai Terengganu FC.

Shahrel Fikri juga cemerlang bersama skuad kebangsaan pada tahun 2019, apabila telah meledak empat gol dalam dua aksi berdepan Timor Leste di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 pada Jun 2019 seterusnya membantu Malaysia melangkah bergaya ke pusingan kedua kelayakan dengan agregat 12-2.

Sementara itu, Selangor turut dikatakan telah mendapatkan bintang muda meningkat naik Pahang, Nik Sharif Haseefy. Menurut laporan Astro Arena, pemain itu sendiri berkata yang The Red Giants adalah pasukan yang terbaik untuknya.

Katanya, “Semua pemain akan mencari pasukan yang terbaik untuk dirinya, [memiliki] fasiliti dan semua yang lengkap untuk masa depannya. Jadi, Selangor adalah salah satu pasukan yang terbaik. Kalau tentang tawaran daripada Selangor, saya juga pernah impikan perkara itu. Keputusan saya, untuk masa depan saya.”

“Terima kasih penyokong-penyokong yang selalu sokong saya. Apa yang penting, saya berterima kasih kepada Pahang,” ujar pemain berusia 23 tahun itu yang mula mendapat tempat bersama skuad utama Pahang ketika percaturan Dollah Salleh merehatkan hampir keseluruhan pasukannya untuk berdepan Selangor.

KREDIT FEATURED IMAGE: BERNAMA

Baca lagi artikel mengenai Selangor, Shahrel Fikri dan Nik Sharif Haseefy:

Irfan Bakti Senaraikan 11 Pemain Yang Ada Kualiti Untuk Sekat JDT, Apa Respon TMJ?

Perak Buru Kipre Tchetche, Selangor Mahu ‘Pancing’ Kpah Sherman

Shahrel Fikri Ada Peluang Rebut Trofi Kasut Emas & Jadi Peledak Berbisa Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN