Selangor Sedia Tanggung Kerugian & Terima Hukuman MFL

Selangor nampaknya tampil pasrah dengan apa sahaja bakal melanda mereka, selepas pasukan itu sah menarik diri ketika saingan Piala Sumbangsih lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pasukan tersebut dilaporkan menarik diri ketika itu dengan memberi alasan isu keselamatan yang mungkin akan memberi ancaman kepada kelab itu ketika berada di sana.

Walaupun sah kehilangan tiga mata untuk saingan Liga Super, The Red Giants kini masih belum selamat kerana bakal dikenakan tindakan susulan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Melihat kepada perkara tersebut, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Selangor bakal menerima segala kemungkinan buat pasukan itu dengan tangan terbuka.

Malah, wakil Selangor juga dilaporkan bakal membuat perbincangan bersama MFL untuk membincangkan susulan daripada isu berkenaan pada masa akan datang.

“Jika ada pihak tertentu mahu menuntut kerugian daripada SFC disebabkan pembatalan Piala Sumbangsih, kita bersedia untuk membayarnya.

“Keputusan (tidak hadir ke Piala Sumbangsih) sudah pun dibuat sebelum ini. Apa saja bentuk hukuman daripada MFL termasuklah perlu menanggung kerugian, kita sedia menerimanya,” kata beliau menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Terdahulu, Shahril juga telah pun menyatakan supaya MFL tidak mengenakan sebarang bentuk hukuman yang membebankan buat diri mereka kerana isu penarikan diri tersebut.

Walaupun setuju dengan sebarang bentuk hukuman bakal diberikan, Shahril juga menuntut supaya MFL turut melihat faktor-faktor kenapa mereka perlu menarik diri.

“Kalau kita tengok kenyataan yang dibuat SFC sebelum ini, sangat jelas pasukan terima apa jua keputusan MFL selagai mengikut peraturan atau garis panduan ditetapkan dalam industri bola sepak.

“Kita akur dengan apa sahaja keputusan daripada MFL tetapi saya harap kalau boleh, apa-apa hukuman selepas ini, janganlah yang terlalu membebankan pasukan.

“Terpulang (bentuk hukuman) kerana ini daripada bidang kuasa MFL. Tetapi saya harap tidak mengeruhkan keadaan lagi dan biarlah (keadaan) reda dan dengan itu, kita boleh memandang ke depan,” katanya akhir sekali.

Pada pandangan anda, adakah MFL sedia meletakkan hukuman berat buat The Red Giants atau mereka akan menilai dengan lebih baik kenapa pasukan tersebut perlu menarik diri pada aksi pembukaan liga?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN