Selangor tewaskan Pulau Pinang dalam perlawanan pertama Liga Super 2017 diantara kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Separuh masa pertama
Selangor menguasai 20 minit pertama perlawanan walaupun pada mulanya permainan tidaklah begitu pantas.
Hantaran-hantaran through pass dari pasukan Selangor berjaya memberikan peluang kepada barisan hadapan Gergasi Merah untuk mendapat gol awal dalam perlawanan ini.
Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-15 apabila Saiful Ridzwan Selamat berjaya melakukan percubaan namun percubaanya sedikit tersasar dari gol yang dikawal oleh Syed Adney.
Minit ke-20 menyaksikan Adam Nor Azlin melakukan percubaan dari sebelah kanan, namun percubaannya terbias dan ditepis keluar oleh Syed Adney.
Pulau Pinang memperoleh peluang menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas pada minit ke-22, namun Rizal Fahmi berjaya menolak bola keluar dari pintu gol Selangor dari ditolak mudah Faiz Subri.
Faiz kemudiannya hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 40 meter, namun bolanya sedikit tersasar.
Gol Selangor kemudiannya hadir apabila Adam Nor Azlin merembat mudah bola dari jarak dekat selepas tandukan Ugo Ukah diselamatkan Syed Adney hasil hantaran S. Veenod pada minit ke-35.
10 minit kemudian, Forkey Doe menghukum kesilapan Syed Adney yang gagal melakukan hantaran jauh dengan baik apabila menjaringkan gol dengan mudah.
Selangor kemudiannya memperoleh gol ketiga menerusi Forkey Doe gol itu dibatalkan kerana beliau berada di kedudukan ofsaid.
Separuh masa kedua
Pulau Pinang mengasak kubu Selangor dengan permainan agresif untuk mengurangkan defisit gol antara kedua-dua pasukan.
Mereka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Faiz Subri dari jarak dekat namun percubaannya sipi dari gawang Selangor.
Selangor nyata negatif sepanjang 20 minit pertama separuh masa kedua apabila mereka tidak melakukan sebarang percubaan ke arah pintu gol Pulau Pinang.
Azrul Ahmad melakukan percubaan jarak jauh namun ia tepat menuju ke arah Zarif Irfan pada minit ke-80.
Adam Nor Azlin mempunyai peluang untuk menjaringkan gol keduanya tetapi percubaannya sedikit tersasar dari pintu gol sebelah kiri Pulau Pinang pada miit ke-82.
Syahmi Safari cuba mencari gol pertama beliau sebagai pemain pasukan senior Selangor apabila rembatan luar kotak beliau tersasar dari sasaran ketika permainan berbaki 2 minit.
Situasi tegang berlaku ketika masa kecederaan berlaku apabila Ugo Ukah terlibat dalam situasi kekasaran antara beliau dengan beberapa pemain Pulau Pinang.
Faizat Ghazali nyata tidak berpuas hati dengan Ukah sehingga beliau terpaksa ditenangkan oleh pengadil perlawanan – Fitri Maskan.
Tamat perlawanan, Selangor 2-0 Pulau Pinang.
Keputusan lain:
- JDT 1-1 Kedah
- Felda United 1-0 PKNS FC
- Perak 1-1 Pahang
- T-Team 1-1 Sarawak
- Kelantan – Melaka United (perlawanan ditangguhkan)
Kesebelasan utama:
Selangor – Zarif Irfan (penjaga gol), Ugo Ukah, Razman Roslan (kapten), Rizal Fahmi Rosid, Syahmi Safari, Abdul Halim Zainal, Saiful Ridzwan Selamat, Raimi Md Nor, Adam Nor Azlin, Forkey Doe, S. Veenod
Pulau Pinang – Syed Adney (penjaga gol), Mafry Balang, Andy Russell, Rienaldo Lobo, Redzuan Suhaidi, Diogo Fereira, Rafiuddin Roddin (kapten), Syameer Kutty Abba , Faizat Ghazali, Faiz Subri, Jafri Chew
Baca juga: Perlawanan Liga Super Kelantan VS Melaka Ditunda!