Selangor Perkenalkan Jersi Rasmi Ketiga Untuk Musim 2019

Ketika pasukan lain baru hendak memulakan persiapan pra musim mereka, Selangor muncul sebagai pasukan pertama yang melancarkan jersi ketiga rasmi serta sesi pengenalan pemain untuk saingan Liga Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam semalam.

Menurut sumber, jersi berwarna hijau dengan menggunakan jenama antarabangsa dari Sepanyol, Joma itu adalah warna rasmi Raja Muda Selangor yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah.

Difahamkan harga jersi ketiga tersebut ialah RM89.10 dan masih boleh dibeli melalui FAS.

Presiden FAS, Tengku Amir Shah menunjukkan jersi rasmi ketiga pasukan Selangor. FOTO: FAS

Dalam sesi pengenalan pemain, seramai 24 pemain baharu skuad gergasi merah 2019 diperkenalkan termasuklah barisan pemain muda seperti M Tamil Maran, Muhammad Haziq Ridwan, Muhammad Amirul Haziq Rasmizal, Muhammad Amirul Ashraf Ariffin, A Namathevan, Muhammad Faizzudin Mohd Abidin, K Sarkunan, Mohamad Ashmawi Md Yakin, K Kannan dan Sean Selvaraj.

Antara muka lama yang masih kekal adalah penjaga gawang, Khairul Azhan Mohd Khalid dan pemain penyerang Mohd Amri Yahyah.

Bekas pemain Felda United Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd Farizal Harun, Mohd Faiz Mohd Nasir, Mohd Norhakim Isa, Mohd Azreen Zulkafle, Abdul Latiff Suhaimi antara pemain baharu yang bakal memperkuatkan Selangor pada musim hadapan.

Malah, pasukan kendalian bekas jurulatih FELDA United, B Sathianathan itu masih mengekalkan khidmat tonggak import yang juga pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super 2018, Rufino Segovia.

Dua emain negara yang beraksi pada Piala AFF 2018 iaitu Muhammad Syahmi Safari dan bekas pemain Kedah, Syazwan Zainon tidak berada pada majlis berkenaan.

Antara pemain Selangor untuk musim 2019. FOTO: FAS

Selangor tekad cipta kejayaan hingga ke peringkat Asia

Tengku Amir Shah bertitah, sejak menjadi presiden lima bulan lalu, pelbagai pembaharuan sudah dilaksanakan kerana cinta baginda terhadap pasukan bola sepak Selangor.

“Zaman sekarang sudah lain, banyak perkara sudah berubah, jadi FAS kena ubah, perlu minda terbuka.

“Kita tidak boleh cakap mengenai sejarah dengan peminat, peminat mahu kita jadi juara Asia,” titah baginda pada Hari Bola Sepak Selangor semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN